What's up?

  • run

    HOME

Tergantung sepi. Memang lepas ni kena tengok Penthouse 2 pulak.


Makin stress aku tengok Penthouse episod akhir malam tadi. Tapi beberapa persoalan yang aku bangkitkan dalam entri lepas terjawab akhirnya:

Persoalan pertama: Betul ke Yoon Hee yang bunuh Su Ryeon?


Tak. Yoon Hee kena framed. Dia kena tipu bulat-bulat oleh J&T. Memang dia mengaku yang dia bunuh Su Ryeon masa polis tanya, tapi tu sebab dia dah helpless. Takde siapa yang akan tolong dia walaupun dia mengaku dia tak bunuh Su Ryeon.

Dan yang bunuh Su Ryeon adalah J&T!

Persoalan ke-3: Semuanya plan J&T?


Ya. Pembunuhan Su Ryeon adalah plan J&T. Dia, Seo Jin dan maid tu terlibat. J&T nak hapuskan Su Ryeon dan dalam masa sama nak singkirkan Yoon Hee.

Persoalan ke-5: Siapa yang rakam video kematian ayah Seo Jin?


Rupa-rupanya Eun Byeol (anak Seo Jin) yang rakam video tu. Dia yang sent video tu kat Seo Jin tapi tak berani expose kat public sebab masih ada sifat perikemanusiaan. Dia tak nak jatuhkan mak dia. Tapi lepas kejadian dia cuba bunuh diri tu, aku rasa dalam Penthouse 2 nanti, mesti dia akan expose jugak.

Aku memang tak puas hati tengok episod last. Plot lama dan baru tergantung. Stress aku tengok. Aku tak pasti sama ada pengarah memang nak matikan watak-watak utama cerita ni ke apa.



Kematian Su Ryeon tak jelas. Tak pasti memang dia mati ke masih hidup. Apa connection dia dengan bekas isteri J&T tu? Lepas tu, Yoon Hee memang mati ke? Ataupun akan ada scene baru yang mana Logan Lee masuk semula dalam rumah tu untuk selamatkan dia?

Untuk yang belum tengok lagi drama ni, aku syorkan tengok lah kalau ada masa. Tak rugi. Jarang ada drama yang epik macam ni. Once in a while kata orang.

10 comment (s):

  1. ramai cakap cerita ni best..tapi tak tengok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Sampai tak sabar tunggu next season.

      Delete
  2. Setuju 200% memang best sangat citer ni.
    Haish! geram betullah anti climaxs betul nak tunggu season 2.
    Pendapat Mrs. A, Oh Yoon Hee tak mati sebab last tu nampak macam mata dia terbuka hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Macam tak best kalau dia mati. Banyak lagi misteri yang tak diselesaikan.

      Delete
  3. alaaa tak nak baca sebab tak tengok lagi!!!

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.