What's up?

  • run

    HOME

Nak sangat harimau menangis, kan? Kelantan pun joined sekali PKP!


Kelantan joined the group y'all. Sebelum ni ada 6 negeri je. Hari ni tambah satu lagi: Kelantan.

Bagi aku memang patut pun. Jelas sangat ramai yang dari luar berpusu-pusu balik Kelantan dari hujung tahun lepas. For what weh? Nak jumpa famili? Sanak saudara? Sahabat handai? Tolong lah. Kalau bukan urgent, tak perlu pun balik. Tak pasal-pasal bawak balik sekali penyakit! Daripada elok-elok zon hijau dan kuning, dah jadi merah.


Kat Tanah Merah contohnya, kes naik tak henti-henti. Siap kena buat swab test satu kampung! Katanya, ada individu dari luar yang positif dan bila kat kampung ni, lagi lah senang virus nak tersebar. Mask, hand sanitizer apa semua mana nak fikir dah bila duk kat kampung.



Kelantan je dah ada 7 kluster baru. Punca? Rentas negeri. Pebenda weh! Please lah lepas ni kalau tak mampu nak fikir pasal diri sendiri, tolong lah fikir pasal orang lain.

6 comment (s):

  1. aduhai. sedih.
    hampir seluruh Malaysia gini.
    same goes to Melaka.
    semuanya kes kontak rapat :(
    sedih ada. marah lagi la ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa jua harungi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

      Delete
  2. Dah macam macam kluster ada dah sekarang ni. hari hari tengok report kes tak tahu nak kata dah. Elok pun semua PKP walaupun tak rela sebenarnya. susah kalau ada emergency. Tapi tu lah kena juga kan untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing kena main peranan. Ambil cakna dan tak boleh pentingkan diri sendiri. Baru lah virus ni dapat dibendung.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.