What's up?

  • run

    HOME

Kempen kibarkan bendera putih. Ayuh bantu mereka!


Riuh kat medsos pasal kempen bendera putih ni. Aku tertanya-tanya dari mana asalnya kempen ni? Bila debut? Siapa yang buat?


Setakat kajian aku, kempen ni dicetuskan oleh rakyat kita sendiri, bukan ahli politik. Harapnya jangan lah ada pihak yang nak mempolitikkan isu ni.

Tujuan kempen ni nak bantu mereka yang terputus bekalan makanan waktu PKP.

Ada yang hilang punca pendapatan, ada yang kena buang kerja, ada yang jualan tak menguntungkan sampai kena gulung tikar. Paling sadis, ada yang sampai ambil keputusan cabut nyawa sendiri sebab tertekan.

Kerja? Sekarang memang payah nak dapat kerja. Boleh katakan kita kembali semula pada tahun 1997, waktu krisis ekonomi melanda. Gomen pun banyak hold pengambilan baru. Kerja ada, tapi tak semua yang mampu. Tetap ada kekangan. Contohnya kes rider makanan dulu tu. Terpaksa guna basikal sebab kuota motosikal dah penuh.

Kempen ni memang aku rasa sangat diperlukan. Bukannya untuk menunjukkan kelemahan sistem pemerintahan negara kita, tapi untuk kenal pasti dan bagi bantuan secepat mungkin kepada mereka yang sangat memerlukan. Kerajaan ada banyak bagi bantuan. Sekarang ni pun program baru iaitu PEMULIH dah start. Bantuan tambahan dah mula dapat semalam. Harap takde lah yang tercicir bantuan ni. Risau pulak.







Bila jadi macam ni, aku 200% nak sangat bukan YB je yang turun padang, tapi JKKK atau penggawa yang berkaitan dapat contact secara terus penduduk kawasan diorang. Tanya jiran-jiran, siapa yang memang perlukan bantuan secepat mungkin.

Rindu pulak Ebit Lew. Harapnya segala urusan dia kat Palestin selesai cepat. Kehadiran dia kat negara kita semula sangat diperlukan. Masa dia ada dulu, cepat je bantuan dari NGO berbentuk fizikal dihulurkan.

Sektor pekerjaan banyak tutup. Gaji tak dapat. Kerja baru tak banyak. Nak tak nak, terpaksa harapkan bantuan kerajaan. Selagi kita mampu tolong, kita tolong. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup susah, tapi rupanya ada lagi kat luar sana yang betul-betul susah. Yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semoga segala usaha yang kita buat, dapat ringankan beban mereka untuk terus survive dalam era pandemik ni.

16 comment (s):

  1. berat mata memandang berat lagi bahu memikul., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. InsyaAllah ada bantuan menanti. 🤲

      Delete
  2. Insyallah harap niat murni rakyat malaysia ni tak la di politikkan oleh mereka yang x sepatutnya.. Semoga mwreka yang terkesan ni dpt dibantu dengan segera kan.. Seriau tgk 2 3 hari ni kes2 bunuh diri sbb tertekan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Kesan PKP ni memang dahsyat. 😣

      Delete
  3. Moga moga mereka yang terkesan dapat dibantu walaupun tak dapat membantu sepenuhnya dan moga moga tak ada orang yang ambil kesempatan dalam kempen kibarkan bendera putih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita tolong apa yang mampu. Tak banyak takpe. 👍

      Delete
  4. Peluang untuk kita tambah pahala dengan sedekah. Tapi setakat ni, tak jumpa lagi rumah yang kibar bendera putih. Tapi, kita sokong la, beli dengan peniaga kita. Mana yang duduk je takde customer, itu yang kita tuju. Orang jual nasi lemak semakin ramai sini. Baguslah, boleh kita bantu dia orang dalam cari rezeki. Jangan majlis bandaran datang angkut, sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Tak nampak lagi setakat ni. Mungkin segan nak minta.

      Delete
  5. moga yang tempias tuu dimurahkan rezeki dan diberikan kesabaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harapnya macam tu. Jangan lah bertambah kes COVID-19, bertambah jugak kes bunuh diri nanti.

      Delete
  6. Ada jugak yg negatif tentang bendera putih ni.. knp mst warna putih? Alahai... bendera putih tu mmg semua org tau maksudnya surrender

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita ambil yang baik, yang tak baik letak jauh-jauh.

      Delete
  7. Insyallah.. rakyat Malaysia ramai yang dermawan..pasti tiada yang mati kelaparan.

    ReplyDelete
  8. malangnya ada beberapa negeri yang pandang negatif kempen ni. Mufti pun keluarkan hukum larang angkat bendera putih sedangkan kempen ni dah bantu ramai orang yang terjejas especially b40 yang bergaji harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baik, kita ambil. Asalkan niat dan cara kita tu betul.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.