Apa beza Kemenjadian Murid dengan Keberhasilan Murid?


Bila cakap pasal sekolah, sering kali kita dengar termalogi kemenjadian murid kan? Sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah, termalogi ni selalu diguna pakai oleh cikgu. Biasanya kemenjadian murid dikaitkan dengan sikap berdikari murid. Contohnya, murid ulang kaji pelajaran tanpa perlu cikgu suruh atau murid tolong cikgu angkat barang tanpa cikgu suruh.

Kemenjadian Murid


Kemenjadian murid bermaksud murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap, berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Antara aspek utama kemenjadian murid ni termasuk lah dalam bidang:
  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Sahsiah

Berdasarkan Mohd Asran (2011), kemenjadian murid ni merupakan indikator penerimaan ilmu yang boleh diukur melalui perubahan tingkah laku dan proses ini akan berterusan sehingga akhir persekolahan.

Termalogi 'kemenjadian murid' ni start digunakan oleh Datuk Abdul Rahim Tahir iaitu bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan juga bekas Ketua Jemaah Nazir Malaysia. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pun banyak termalogi ni digunakan melalui Aspirasi Murid.


Mengikut pembacaan aku, memang aspek utama kemenjadian murid ni ada 3 iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Keberhasilan Murid


Keberhasilan murid atau istilah lainnya 'student outcome' merupakan usaha menghasilkan modal insan kompeten dalam aspek ilmu dan kemahiran, inovatif dan kreatif, bersahsiah dan patriotik, cerdas dan berpandangan alam sarwajagat. Ianya bertujuan memenuhi keperluan negara untuk bersaing di peringkat global.

Elemen yang terlibat ialah:
  • Ilmu dan kemahiran
  • Inovatif dan kreatif
  • Sahsiah dan patriotik
  • Cerdas
  • Berpandangan alam sarwajagat

Kalau bandingkan dengan kemenjadian murid tadi, tak jauh beza kan? Dalam PPPM 2013-2025 pun ada sebut pasal keberhasilan murid (memaksimumkan keberhasilan murid untuk setiap ringgit yang dibelanjakan).


Apa yang aku boleh rumuskan kat sini, kemenjadian murid dan keberhasilan murid tak jauh beza. Tapi bukannya sama sebijik. Masih ada perbezaan. Kemenjadian murid lebih fokus kepada pencapaian, skil dan sikap murid tu sendiri sehingga tamat persekolahan.

Manakala keberhasilan murid ni skopnya lebih luas yang melibatkan pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan secara langsung. Kerajaan keluarkan banyak modal untuk hasilkan murid yang terbaik yang mampu bersaing di peringkat global. Kiranya, kau invest atau labur kat sesuatu dan kau nak tengok hasilnya nanti. Give and take.

Post a Comment

8 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Baru saya faham. Memang sudah sering terlihat frasa ini di sektor pendidikan. Tapi saya biasa ternampak kemenjadian murid. Keberhasilan murid baru saya tahu hari ni.

    ReplyDelete
  2. alahai.. peningnya nak faham terms terms ni semua... takpe..kami mak bapak fokus ajar anak ni membaca je dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents kena jadi cikgu jugak ni. Maklum lah, zaman dah berubah. 😅

      Delete
  3. kemenjadian. First time mama dgr perkataan ni

    ReplyDelete
  4. boleh tahu nama sebenar ke nak citation ni

    ReplyDelete