What's up?

  • run

    HOME

Jangan beli ubi kentang berwarna hijau. Bahaya!


Bila pergi kedai nak cari ubi kentang, aku akan belek-belek setiap inci ubi tu. Kenapa? Sebab aku tak nak ada sikit pun warna hijau kat kulit ubi tu.

Ciri-ciri ubi kentang tak elok
  • Permukaan kulit berwarna hijau.
  • Ubi kentang telah tumbuh tunas.

Warna hijau pada permukaan ubi kentang menunjukkan hadirnya toksin. Manakala, tunas tu pulak ada kepekatan toksin yang tinggi. Memang tak elok makan.

Kalau makan, akan sebabkan cirit-birit, muntah dan sakit pada bahagian abdomen.

Seeloknya, jangan beli terus bila nampak hijau. Even kalau masak atau goreng sekalipun, toksin tu tetap ada. Biasanya penjual tak tahu pasal ni. Diorang main jual je. Dan kadang-kadang tu diorang memang tak perasan pun ada tompok hijau kat kentang tu.

8 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.