What's up?

  • run

    HOME

BonCabe sambal tabur level 50 (MAX END). Memang terlajak pedas!


Kalau makan nasi putih, mi atau megi, wajib aku letak BonCabe. Aura pedasnya memang tak boleh bawak bincang. Sebelum ni, level 30 level paling pedas aku makan. Tapi tak sepedas level 50 ni!



Aku beli kat Shopee. Seller dari Indonesia. Biasanya kalau order dari sana, makan masa dalam 10 hari jugak. Dan memang betul. Dalam masa 10 hari, barang yang aku order pun sampai. Yahoo!



Malam tu, aku masak ayam goreng kunyit. Style bujang ting ting gitu. Aku tabur BonCabe ni kat atas ayam tu. Masa makan tu, fuhh!

Pedas berapi lidah. Memang rasa pedas level 50 ni lagi pedas dari level-level lain. Boleh cirit-birit macam ni. Lepas makan tu belum rasa lagi perut memulas. Esoknya, perut start buat hal. Serik? Tak. Mungkin aku tak biasa makan level 50 ni. Next time, mungkin takde masalah dah.

22 comment (s):

  1. selalu nmpk member kalau mkn mst letak ni tp sy x penah try lg

    ReplyDelete
  2. Pedas benar ni..kak shida x tahan kalau pds sgt boleh krem perut2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul pedas. 🌢🌢🌢

      Delete
  3. Betul2 pedas ni huhu memang tak mkn nanti terus sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahan pedas, memang tak digalakkan. πŸ˜‚

      Delete
  4. eh eh kita baru tau "boncabe" ni..
    Ada berapa level setakat ni?
    Tp baca level 50 ni tahap pedas sangat, seriau gak walau akak mmg suka pedas2...

    Ni mcm pedas sambal gepuk pak gembus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Level 2, 3, 10, 15, 30 dan 50.

      Level 50 memang sangat pedas. Tapi pedas kategori serbuk lada, bukan lada hidup.

      Sambal gepuk tu memang tiada tandingan. 🀣

      Delete
  5. Haha oklah kalau boleh makan. Ada akak cuba pedas sangat tidak boleh pula asyik selang-seli minum susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak biasa, memang terasa pedas sangat.

      Delete
  6. perghh..sampai level 50..tak sanggup teman..tapi nampaknya bagus utk sembelit ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bagus pun untuk sembelit. Kes nak membuang pun senak perut. πŸ˜‚

      Delete
  7. pehhh. macam seram jaa tu. haha

    ReplyDelete
  8. Seriau kita dengar pedas level 50. Pergh..mmg tolak tepi la. Tak berani. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang yang tak tahan pedas, memang naya.

      Delete
  9. Kalau Sha yang makan nie memnag menangis guling2 lah jawabnya.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
    Tak tahan pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang akan guling-guling nanti. 🀣

      Delete
  10. Waa.. memang suka pedas le ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tapi sekali-sekala. Kalau hari-hari, memang cirit lah jawabnya. πŸ˜‚

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.