What's up?

  • run

    HOME

Resepi sotong masak merah bujang style.


Dalam banyak-banyak seafood, sotong je yang aku boleh makan tanpa ada kesan sampingan yang melampau. Seafood lain macam udang, ketam, kerang, ikan dsb, kalau makan, esoknya mesti akan bersin, gatal-gatal mata atau naik jerawat. Kesnya aku pun ada resdung. Pernah beberapa kali rawat, tapi stil takde perubahan yang signifikan.

Untuk masakan kali ni, aku buat semudah yang boleh. Jimat masa dan tenaga gitu.

Bahan-bahan
  • 8-10 ekor sotong segar
  • Segenggam cili kering
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji lada merah besar (dipotong nipis)
  • Sedikit air masak
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah
  1. Rebus cili kering supaya lembut. Kisar bersama bawang merah dan bawang putih.
  2. Potong dan bersihkan sotong segar menjadi bentuk cincin.
  3. Panaskan minyak masak dan masukkan cili yang telah dikisar.
  4. Bila cili kisar dah hampir masak, masukkan sotong. Kemudian, tambahkan sedikit air masak.
  5. Masukkan lada merah besar dan garam. 
  6. Masakan siap bila sotong dah masak (sotong belum masak bila isinya masih lembik).

Best makan bersama nasi putih. Kalau ada lebihan sambal, jangan buang. Boleh simpan dalam freezer untuk masak nasi goreng, mi goreng atau bihun goreng.

10 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.