What's up?

  • HOME
  • REVIEW ▾
  • SHOPPING ▾
  • BUDDY ▾
  • ABOUT ▾

Mengidam kimchi. Jom masak nasi goreng kimchi paling mudah.


Kimchi yang aku beli dari Shopee hari tu lama dah terperuk dalam fridge. Tak sempat nak makan. Ni kali ke-4 aku beli. Kimchi ni memang best. Rasa masam, pedas semua ada. Harga asal RM20. Time aku beli yang baru ni seller buat diskaun dan siap ada voucher off RM5 lagi. Terima kasih seller.




Boleh je nak makan macam tu dengan nasi putih atau megi. Tapi aku nak try buat nasi goreng kimchi sebab belum pernah makan lagi.

Bahan-bahan
  • 2 sb kimchi
  • Sedikit isi ayam (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang atau dipotong dadu)
  • Sebiji telur ayam
  • 1 sb serbuk kimchi
  • 1 sk kicap manis
  • 1 sb majerin

Langkah-langkah
  1. Panaskan kuali dan masukkan majerin.
  2. Bila majerin dah cair, masukkan isi ayam.
  3. Masukkan bawang putih bila isi ayam separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan kimchi dan kicap manis.
  5. Tunggu hingga air kimchi kering sikit, baru masukkan nasi.
  6. Gaul sebati.
  7. Bila nasi hampir kering, tabur serbuk kimchi.
  8. Kemudian, masukkan telur dan gaul sampai nasi goreng masak.
  9. Siap.


Kimchi tu aku tak potong pun sebab memang dah dipotong kecik. Tak perlu masukkan garam pun sebab kimchi tu sendiri dah cukup rasa. Nanti letak garam tak pasal-pasal jadi masin. Kicap tu tak nak letak pun takpe. Aku cuma nak bagi rasa tu balance bila tambah kicap manis. Serbuk kimchi tu pulak aku tambah sebab nak perasakan lagi nasi goreng tu. Aku tak letak banyak sangat kimchi jeruk nanti rasa terlebih masam. Sebab tu aku tambah serbuk kimchi. Serbuk tu murah je boleh beli kat Shopee jugak.

12 comment (s):

  1. sedap ni..ooo..ada ya serbuk kimchi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Saya pun baru tahu lepas godek-godek Shopee.

      Delete
  2. wahh kimchi makanan kpop nih., wak makan nasi goreng kampung jeeeer., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng kampung terlalu mainstream. 😂

      Delete
  3. Sedap agaknya
    Wak tak pernah lagi makan kimchi

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah lagi mencuba kimchi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah. Dulu saya pun tak berani nak makan. Bila sekali makan, terus nak lagi. 😂

      Delete
  5. Tak pernah makan kimchi, tapi teringin tapi takut tak kena selera hahaha banyak betul tapinya >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau banyak tapi ni, kena cuba dulu. Nanti hilang semua tapi tu. 😁

      Delete
  6. Pernah makan di kedai tapi tak pernah goreng sendiri. Nanti boleh try resepi awak

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.