What's up?

  • HOME
  • REVIEW ▾
  • SHOPPING ▾
  • BUDDY ▾
  • ABOUT ▾

Nasi goreng bodoh. Sedap dimakan zaman berzaman.


Bila sebut nasi goreng bodoh ni, bukan maksud aku nasi tu yang bodoh. Tapi cara penyediaan tu yang 'bodoh' yakni mudah dan jimat masa. Tak perlu guna bahan yang terlalu banyak dan tak perlu ambil masa yang lama untuk sediakan.

Bahan-bahan
  • Nasi putih
  • Sebiji telur ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Garam secukup rasa
  • Lada kecil (optional)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah
  1. Panaskan minyak masak dan taruk bawang putih.
  2. Dalam beberapa saat, masukkan nasi putih dan gaul sebati.
  3. Tambah garam dan gaul.
  4. Tambah telur dan gaul lagi.
  5. Masukkan lada yang dihiris nipis kalau nak pedas.
  6. Siap.


Aku estimate masa dalam 3-5 minit boleh siap. Nasi goreng ni memang aku adik-beradik selalu makan zaman sekolah dulu-dulu. Mak aku memang akan masak nasi goreng bodoh untuk sarapan setiap minggu. Mudah dan jimat masa. Sedap pun sedap.

18 comment (s):

  1. Betul. Less is more, omputih kata. Tapi, rasa boleh tahan, lagi-lagi masakan mak kita, kan. :)

    ReplyDelete
  2. kegemaran anak ni. tapi dia nak telur + sosej kiub kecil2
    tetengah malam pun boleh request masak, nasib baik senang je kan and yet sgt sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila-bila masa pun boleh masak. 👨‍🍳

      Delete
  3. kalau saya suka tambah sosej atau ayam. baru selera sikit makan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tambah ayam jadi nasi goreng cerdik. 🤣

      Delete
  4. lebih kurang la resepi kita. just aida akan guna skit marjerin time tumis dan blend cili padi byk skit. ada pedas skit, baru best. meskipun warna nyer pudar aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya kalau masak memang akan guna majerin. Wangi sikit katanya.

      Delete
  5. Memang jimat masa masak nasi goreng macam ni hahaha, janji perut kenyang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jimat masa, jimat duit, jimat tenaga. 👍

      Delete
  6. Lain orng lain versinya kan.. Tapi maksud dia ringkas dan cepat.. betul tak.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. nilah menu saya pagi tadi. taruk fishcake sikit bagi kurang bodoh. hehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun suka nasi simple2 macam ni. Sedap😋

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.