What's up?

  • run

    HOME

Windows 11 diperkenalkan. Apa yang menarik?


Semalam, Windows 11 (W11) debut dan diperkenalkan kepada umum. Banyak improvement dalam W11 ni terutamanya dari segi design dan UI. Apa yang menarik dalam W11?




Kedudukan Start menu kini ada kat tengah-tengah dan taskbar icon pun ada kat bahagian tengah. Nampak lebih tersusun. Design Start menu pulak nampak lebih kemas dan moden berbanding Windows 10 (W10). Bucu kat bahagian tepi pun dah dibuang.

Start menu ni dah takde Live Tiles. Mungkin sebab nak bagi nampak kemas dan statik, maka Live Tiles terpaksa dibuang.



Salah satu elemen yang dinantikan. Last aku pakai Widget ni kat Windows 7. Bila guna W10, Widget dah dibuang.

Widget ni sangat penting bila kita duk mengadap PC/laptop atau buat kerja dalam masa yang lama. Macam-macam jenis yang ada contohnya cuaca, kalendar, to-do list dan berita semasa. Mungkin jugak fungsi Live Tiles akan diintegrasikan dalam Windows Widget ni.



Mereka yang bekerja dalam bidang enterprise mesti biasa guna fungsi ni. Dalam W11, fungsi Microsoft Teams ni akan lebih padu katanya.



Fungsinya macam split screen dalam smartphone. Tapi Snap Layout ni lagi better. Kegunaanya untuk jalankan dua atau lebih aplikasi dalam satu paparan.



W11 perkenalkan Windows Store yang baru dari segi design. Design Windows Store baru ni lebih polished dan kemas. Selain tu, aplikasi Android jugak diintegrasikan dalam Windows Store ni. Yang ni salah satu berita mengejutkan. Ciri baru ni membolehkan pengguna jalankan aplikasi Android dalam W11. Lepas ni, tak perlu lagi guna BlueStacks bila nak bukak aplikasi Android.



Teknologi dari Microsoft mampu tukarkan game daripada SDR kepada HDR secara automatik. Kelebihan HDR ni mampu jelaskan lagi imej dan details dalam game tu.

Bila boleh dapat W11 ni? Katanya akan start diberikan hujung tahun ni paling awal. Tapi untuk Insiders, diorang akan dapat bermula minggu depan.

10 comment (s):

  1. Harap lebih ringan dan tak perlu kne update berkali2 mcm w10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Katanya update besar untuk W11 ni setahun sekali.

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsianengenai windows 11 ni . At lest dapat serba sikit info .

    ReplyDelete
  3. Makin hebat Microsoft sekarang. Tapi rasanya laptop akak tak support kalau nak install W11πŸ˜‚.Sebab dah lama sangat.Busuk2 pun dapat pakai sampai W10 jer😁

    ReplyDelete
  4. Nampakkkkk menarikkkk jugakk windows 11 ni dari segi design. Bosan dahh pakai windows 10 ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. W10 nampak basic sangat.

      W11 ni memang nampak moden dan kemas.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.