What's up?

  • run

    HOME

7 tips menjawab soalan karangan/esei Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Walaupun lama dah aku tinggalkan sekolah menengah, tapi bila bab menjawab soalan esei ni, memang aku masih bersemangat. Kat sini aku senaraikan beberapa tips penting dalam menjawab soalan esei. Soalan esei ada banyak jenis (kelebihan, surat-menyurat, laporan dsb), tapi point-point penting tu sentiasa berguna dalam apa jua bentuk esei.

1. Kosongkan minda dan bertenang sebelum waktu exam.


Bila nak jawab soalan esei (Bahasa Malaysia, English, Sejarah), aku akan make sure sejam sebelum exam, aku takkan hafal apa-apa dah. Nota ke jawapan bocor ke. Tawakkal je waktu ni. Risau nanti apa yang aku hafal atau ingat, hilang macam tu je.

2. Biasakan rangka point penting di atas kertas conteng.


Bila dah dapat soalan, terus buat rangka iaitu start dari pendahuluan hingga penutup. Buat dalam bentuk short form atas kertas conteng supaya senang nak karang esei nanti sebab point-point penting dah ada.

3. Pastikan penggunaan tatabahasa yang mudah dan tak berbelit.


Tak payah nak guna ayat yang terlalu bombastik sampai berserabut esei. Guna hanya bila betul-betul perlu dan menepati situasi sebab secara tak langsung dapat kurangkan kesalahan tatabahasa. Nanti tak pasal-pasal kena tolak markah.

4. Biasakan diri guna peribahasa yang jarang digunakan.


Ini paling best. Kalau peribahasa yang berkaitan tolong-menolong, selalu kita dengar ialah "bagai aur dengan tebing" kan? Selain peribahasa ni, kita boleh guna "ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua" yang bermaksud bersatu hati. Point kat sini, banyakkan guna peribahasa rare supaya pemeriksa kagum dengan kita sebab dia akan fikir yang kita ni banyak membaca dan berfikir di luar kotak.

5. JANGAN guna liquid paper!


Masa aku sekolah dulu, cikgu aku larang aku guna liquid paper masa dalam exam. Satu, sebab lambat kering (sekarang dah ada yang canggih, don't worry), satu lagi supaya pemeriksa tahu ayat atau perkataan apa yang kita salah tulis. Kalau salah tulis, ambil pembaris dan garis tengah-tengah ayat atau perkataan tu. Maksudnya kat situ kita nak cancel ayat atau perkataan tu.

Kenapa nak bagi pemeriksa tengok? Sebab kadang-kadang jawapan yang kita padam tu adalah jawapan yang betul.

Bila guna liquid paper, pemeriksa tak nampak lah jawapan yang kita padam tu. Kan rugi kat situ.

6. Jangan malu untuk mintak kertas lebih.


Yang ni selalu berlaku. Ramai je yang tak nak angkat tangan mintak kertas lebih walaupun kertas esei yang tengah tulis tu tak muat. Sebab? Malu. Nanti pelajar lain boo lepas exam. Jangan macam tu. Buang sikap malu tu. Bukan diorang yang jawab, kita yang jawab kan?

7. Elakkan ke tandas semasa exam.


Kalau takde hal kecemasan, tak payah keluar dewan atau kelas masa tengah exam. Bazir masa. Lain lah kalau tandas tu betul-betul sebelah tempat exam. Dan tak elok sebab tandas kan banyak setan. Elok-elok idea dah ada nak jawab exam, bila masuk tandas, hilang semua sebab setan kacau.

Aku harap, tips-tips ni berguna lah untuk mereka yang nak jawab soalan esei. Banyakkan membaca dan buat latihan menulis. Nanti takde lah lenguh tangan karang esei panjang-panjang.

8 comment (s):

  1. Dah berjaman nun tinggalkan alam persekolahan

    ReplyDelete
  2. Walaupun telah lama tinggalkan zaman persekolahan, namun ia tetap relevan sekiranya bertugas dalam bidang yang memerlukan kita menulis sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kena praktikkan ilmu yang kita belajar.

      Delete
  3. Tips ini berguna untuk mereka nak akan menduduki peperiksaan. Bab kertas lebih tu jangan segan minta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mintak banyak sampai pengawas peperiksaan pun penat ulang-alik. 😂

      Delete
  4. Mula2 catat point, kemudian kembangkan.. hehehe.. Lama betul dah tinggalkan mengarang nie.. kikiki..

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.