What's up?

  • run

    HOME

Menu simple lockdown. Sambal Ijo. Kecil-kecil cili padi.


Sambal Ijo ni aku beli kat Shopee hari tu. Ada dijual yang botol besar tapi aku beli yang paket ni sebab nak try dulu. Harga aku beli RM0.78 sepaket. Sebenarnya, aku bukan jenis yang suka sangat makan sambal. Kalau nak makan pedas, biasanya aku akan buat masak merah atau tabur serbuk cili atas makanan.

Menu aku masak simple je. Nasi putih dengan ayam goreng kunyit. Masa goreng ayam tu tak ingat pun yang aku ada beli sambal ni. Kes aku simpan dalam fridge lepas bukak parcel.


Last aku makan sambal masa makan ayam gepuk Pak Gembus. Sambal cili tu memang pedas. Ada 3 level yang kita boleh pilih: biasa, pedas dan extra pedas. Aku selalu order yang extra pedas. Bila makan, memang mencurah-curah peluh kat muka. Dulu makan kat kedai. Sekarang dah boleh order online.


Berbalik kepada sambal yang aku beli, sepaket sambal ni aku rasa boleh dua kali makan. Berbaloi lah dengan harga tu. Nak lebih, kena beli yang botol terus. Aku malas nak simpan semula bila dah bukak. Maka aku guna semua sambal ni.

Rasa? Bagi aku, memang pedas. Tapi bukan pedas melampau. Pedas yang mampu makan lagi tanpa berpeluh. Takde rasa yang terlalu masin masa makan tu. Kiranya takde masalah lah dari segi rasa sambal ni.

Tapi aku silap. Sambal ni ada belacan. Masa aku beli, aku tak perasan pun ada belacan. Aku tak tahu maksud terasi tu apa. Bila search, rupanya maksud terasi tu belacan. Terasi ni dalam Bahasa Indonesia. Adoi. Nak buang sayang, nak simpan macam tak berbaloi, nak makan nanti bersin tak berhenti.


Aku memang alergi dengan belacan dari kecik lagi. Mungkin sebab aku ada resdung. Tiap kali aku makan makanan yang ada belacan, kalau tak bersin, mesti akan tumbuh jewarat kat muka. Memandangkan aku banyak stay kat rumah minggu ni, aku tawakal je. Sambal ni kuat jugak bau belacan. Tapi rasa sedap. Mungkin sebab belacan? Atau memang sambal ni best?

16 comment (s):

  1. Wah kecik comel la packaging sambal ijo ni . Selalu nampak packaging bekas besar , bekas kaca . Ni packaging kecil-kecil . Ini kan kalau nak gi travel mana2 boleh bawa . Jimat ruang .

    ReplyDelete
  2. saya dah masukkan link blog ini ke dalam bloglist saya. nanti masukkan juga ya..tq
    http://www.kembaraminda7.com

    ReplyDelete
  3. Waa.. murah je eh...tak sampai seringgit sepeket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena try dulu baru boleh beli yang besar.

      Delete
  4. Sambal Uleq Finna ni memang best. Dulu masa kerja di sana, akak selalu beli pek2 kecil begini buat makan masa lunch. Memang terasi dia kuatlah. Tak silap akak, sambal bawang dan sambal pedas serbaguna tak ada terasi. Tapi, kena double check la 😊

    ReplyDelete
  5. Terasi tu belacan ke? Haha. Dah habis sepaket sambal Uleg baru tau. Biasala tu, benda yang tak baik untuk kesihatan kita memang sedap.saya pun resdung kuat, tapi sebab duduk rumah langgar je pantang sikit-sikit

    ReplyDelete
  6. Comel kecik je packaging dia, murahh pun murahhh.
    Kakak saya pun resdung jugak, kalau makan belacan, dia punya bersin macam taknak berhenti hahaha. Kadang kesian, kadang nak gelak pun ada. Tapi benda yang tak boleh makan tulah yang kita nak makannnnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Memang seksa emosi penghidap resdung ni. Tapi makan tetap makan. 😅

      Delete
  7. comel jaaa packaging nyaa. murah pulak tu. kenaaaa try beli ni. hehe

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.