What's up?

  • run

    HOME

Pelan Pemulihan Negara 2021. Fasa-fasa yang kritikal.


Dengan keaadaan kes yang masih banyak, ramai tertanya-tanya selain cucuk vaksin, tutup bukak sektor, apa lagi sebenarnya yang kerajaan buat?

Pelan Pemulihan Negara baru diumumkan. Matlamatnya nak kembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun ni. Selama ni takde pelan ke? Kenapa baru sekarang diumumkan? Entah. Aku tak pasti.


Pelan ni akan dijadikan rujukan semua. Ada 4 fasa dan ada 3 indikator dalam setiap peralihan fasa tu. Ikut pemahaman aku, selagi kes harian tak berjaya dicapai, selagi tu fasa seterusnya tak dapat diteruskan. Alamak.

Fasa 1 → Fasa 2
  • Kurang 4000 kes harian
  • Penggunaan ICU sederhana
  • 10% divaksin

Fasa 2 → Fasa 3
  • Kurang 2000 kes harian
  • Katil ICU mencukupi
  • 40% divaksin

Fasa 3 → Fasa 4
  • Kurang 500 kes harian
  • Penggunaan ICU mencukupi
  • 60% divaksin

Harapnya berjaya lah capai semua indikator tu. Kalau tak, mereput lah kita semua sampai tahun depan. Bukan apa, yang kerja gomen gaji jalan macam biasa. Yang kerja sendiri macam mana? Nak harapkan bantuan kerajaan untuk makan minum?

Mungkin lepas ni mereka yang terkesan kena cari alternatif lain. Jual barang secara online atau jadi dropship dsb. Even nak jual makanan pun boleh guna servis rider.

8 comment (s):

  1. Harap2 kes jangkitan dapat dikurangkan

    ReplyDelete
  2. Harap2 kes semakin menurun dan kes,terbaru pun semakin menurun dari hari ke hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terus menurun. Jangan naik dah lepas ni. 😌

      Delete
  3. Semoga kita sama sama mengikut procedure Dan berjaya kurangkan kes

    ReplyDelete
  4. Semoga perancangan dalam dilaksanakan dengan sempurna.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.