What's up?

  • run

    HOME

Terima barang rosak? Ini cara return atau refund barang di Shopee.


Pernah beli barang kat Shopee dan bila bukak, barang tu rosak? Kalau nak exchange barang, lagi mudah. Tapi kat sini aku nak share cara nak refund barang rosak kat Shopee. Sebab lagi makan masa.

1. Jangan sesekali klik 'Order Received' selagi tak check condition barang tu. Sebab ada jugak manusia yang jenis posmen hantar barang, terus klik 'Order Received' walaupun belum bukak lagi.


2. Bila dah confirm barang tu rosak, chat dulu dengan seller. Inform seller masalah yang dialami. Lepas bincang dengan seller tu, baru boleh klik 'Return/Refund'.


3. Lepas tu, akan keluar page baru. Penting kat sini:
  • Pilih reason apa.
  • Kena upload gambar bukti barang tu rosak.
  • Bagi e-mel supaya Shopee boleh contact. 



4. Klik 'Submit' dan tunggu pengesahan dari pihak seller. Sebab tu kena bincang dengan seller dulu. Selagi seller tak approve, selagi tu Shopee tak boleh proceed. Tapi seller kena approve dalam masa 3 hari tak silap. Bila takde feedback dari seller, Shopee akan auto approve.

5. Kemudian, akan muncul butang 'Discussion History'. Kat sini buyer boleh chat dengan Shopee, upload gambar berkaitan dan tanya apa je berkaitan masalah ni. InsyaAllah Shopee akan jawab sepantas mungkin. Shopee akan mintak beberapa info penting. Bagi je.



6. Bila dah setel plus Shopee dah approved, dia akan send airway bill kat app dan e-mel (sebab tu tadi kena masukkan e-mel).


7. Print airway bill tu, tampal kat kotak atau packaging barang dan kena pos dalam masa 5 hari. Kalau tak, mungkin refund akan auto cancel. Kos penghantaran adalah percuma. Shopee yang tanggung.

8. Kena tunggu barang rosak tu sampai ke tangan seller. Dan seller kena approve dalam sistem. Lepas tu, settle.

9. Akhir sekali, tunggu je duit refund dimasukkan dalam ShopeePay.

Serik dah ke nak beli dari Shopee? Jangan macam tu. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Kes aku ni tak boleh nak salahkan kurier 100%. Sebab seller tak tampal sticker fragile dan takde bubble wrap. Dapat kat sesetengah kurier, main campak-campak je. Bukan dia tahu barang apa dalam tu.

14 comment (s):

  1. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Betul, apa apa barang yang diterima jangan terus order received. Check betul betul before tekannn. Nanti tak boleh refund kalau ada masalah lepas tekann huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Bila dah tekan tu menandakan kita dah terima seadanya keadaan barang tu.

      Delete
  3. Betul tu.Sebelum tekan order received,kena make sure barang tak ada defect dulu. Gambar sebelum & selepas bukak parcel pun kena ambik sebab berguna untuk submit report shopee.Akk pernah dapat TV free sebab buat return/refund ni.Hi3.

    ReplyDelete
  4. Okay,lepasni boleh try. Thank youuu 😊

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.