What's up?

  • run

    HOME

Masih keliru nak pilih pelan Jaringan Prihatin mana satu?


Dipendekkan cerita, ada dua jenis kategori rebat bagi Program Jaringan Prihatin untuk golongan M40 dan B40:

Untuk isi rumah
  • Rebat RM300 pembelian telefon, atau
  • Rebat RM180 pelan internet

Untuk individu
  • Rebat RM180 pembelian telefon, atau
  • Rebat RM180 pelan internet

Pendaftaran dah start 5 Mei 2021 hari tu dan tarikh last adalah 31 Julai 2021. Tapi sampai sekarang aku keliru nak pilih telco mana satu.

Aku ada 3 nombor. Satu Hotlink, satu Celcom dan satu lagi YES. Tapi YES aku jarang sangat pakai. Tunggu masa nak expired. Aku memang pakai prepaid je bila nak langgan internet. Bil memang aku tak pakai. Kes aku pernah ada pengalaman buruk pakai bil. Lepas kejadian tu, sampai sekarang aku pakai prepaid je. Aku dah check, memang aku layak untuk dapat mana-mana subsidi dari telco-telco ni.



Celcom:
  • RM20 (30 hari) untuk internet dan call unlimited
  • Free 3GB hotspot

Hotlink:
  • RM20 (30 hari) untuk internet dan call unlimited
  • RM5 untuk unlimited hotspot

Kalau bandingkan, kedua-dua telco berbaloi. Tapi line internet Celcom pulak yang tak bagusnya kat sini. Line Hotlink kat sini laju. So, sekarang aku dalam dilema nak pilih mana satu. Rugi kalau tak claim rebat RM180 ni.

Dulu zaman Celcom ada promo burung hantu, aku memang setia dengan Celcom. Telco lain aku tak pandang dah. Tapi lepas promo tu dimansuhkan, terus aku rasa Celcom ni macam dah takde kelebihan istimewa berbanding telco lain.


Nak tak nak, aku rasa aku kena pilih pelan Hotlink jugak. Tak dapat free hotspot pun takpe asalkan line stabil. Geram jugak bila tengah layan cerita, tiba-tiba line sangkut.

10 comment (s):

  1. Saya internet di telefon tak kisah sangat. Di rumah dah ada Unifi, di pejabat dah ada internet juga. Di telefon ni Biasa-biasa pun ok.

    ReplyDelete
  2. Saya claim tunetalk. Nombor maxis pun ada, tapi tak claim sebab internet maxis agak mahei bagi saya hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunetalk kat sini line pun tak ok. Tu terpaksa pilih Maxis jugak.

      Delete
  3. ohhh rasa nak apply jugak lahhh hotlink tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya apply je. Guna tak guna, lain kira. 😅

      Delete
  4. Ooo, baik pilih line yang laju di rumah kita. Saya pun dari dulu pakai prepaid, tak pernah bil.

    ReplyDelete
  5. sy mmg pilih celcom jaa. sbb mmg pengguna celcom.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.