What's up?

  • run

    HOME

Beli F&N Sparkling Gift Pack, percuma Sunkist Pure Lemon Apple dua botol!


Alhamdulillah. Kali ke-2 beli, seller murah hati bagi free dua botol air. Mulanya aku pelik jugak. Kes aku order gift pack tu je tapi tiba-tiba ada botol air lain.



Terus aku chat dengan seller tu. Dia cakap yang dua botol air tu free gift. Happy betul aku waktu tu. Jarang seller nak bagi benda free macam ni.


Sunkist Pure Lemon Apple ni best jugak. Rasa memang pure epal dan lemon. Minum waktu sejuk memang best sangat. Rasa jus tu cukup pekat.


Gift pack tu pulak ada 3 jenis air:
  • Apple barley
  • Espresso
  • Honey lemon

Aku paling suka honey lemon. Rasa masam manis. Apple barley tu rasa lebih kepada epal. Barleynya macam kureng sikit. Espresso aku tak suka. Sebab ibarat rasa kopi espresso bergas tak cukup sifat. Kena minum waktu sejuk atau letak ais. Kalau tak, memang tak lalu nak minum sampai habis.

Delivery ni DHL yang hantar. Memang takde option nak pilih kurier dari kedai ni. Aku beli time seller buat promo off RM5. So, tersangat jimat. Kotak dengan botol tu lawa. Nak buang sayang tapi aku tetap buang. Takde tempat nak simpan buat koleksi.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.