What's up?

  • run

    HOME

Resepi kari ayam campak-campak.


Malam tadi aku masak kari ayam. Tapi guna bahan mudah je. Tempoh masak pun tak lama. Sebab aku ni jenis memang tak suka duk dapur lama-lama. So, main campak-campak je lah.

Bahan-bahan
  • 3 ketul bahagian ayam
  • 2 sb serbuk kari ayam Adabi
  • 2 sb serbuk kari ikan Adabi
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 4 biji bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3/4 cawan air masak
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

*Aku suka campur kari ayam dan kari ikan. Rasa jadi lagi best.



Langkah-langkah
  1. Panaskan minyak. Aku letak minyak dalam setengah cawan sebab aku memang suka kari yang banyak minyak.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. Maksudnya sampai wangi.
  3. Ambil satu mangkuk, campurkan serbuk kari tadi dengan air masak. Sebatikan.
  4. Bila tumisan tadi dah naik bau, masukkan campuran serbuk kari.
  5. Kacau dan masukkan terus bahagian ayam.
  6. Kacau sikit bagi sebati dan tunggu sampai naik minyak. Api sederhana.
  7. Masukkan garam. Masakan akan siap bila dah pecah minyak.


Aku anggar dalam 15 minit je dah siap. Mungkin sebab aku buat dalam kuantiti yang sikit. Ubi kentang aku tak letak sebab takde stok. Daun kari pun aku tak letak sebab takut nak keluar belakang rumah malam-malam. Kalau ada, sangat digalakkan letak sebab nanti rasa bertambah kick.

12 comment (s):

  1. Nampak sedap betul walaupun takde santan... buat makan dengan nasi atau buat cicah apa-apa sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang suka gulai atau kari ada santan. 😅

      Delete
  2. kari kalo x letak santan mmg nmpk cantik kalernya

    ReplyDelete
  3. menarik! boleh cuba resepi BK pulak..power masak!

    ReplyDelete
  4. Kelihatan sedap.. Pandai masak.

    ReplyDelete
  5. kebetulan dlm fridge aida ada lagi stok kari sotong semlm. awal2 da masuk fridge agar kekal boleh dimakan 2-3 hari selepas masak.
    oic. campur 2 rempah kari tu ye? tq for sharing. nanti nak try.
    aida, kalu masak kari tanpa santan, panggil ia tumis berempah. ikut mak. kalau mak mertua, dia panggil kari keling :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada yang panggil kari mamak. Tapi memang saya suka tanpa santan sebab lagi terasa kari. 😅

      Delete
  6. Yang campak-campak tu lah sedap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tapi next time nak buat tak jadi pulak. 🤣

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.