What's up?

  • run

    HOME

Makan Ramen Samyang perisa Jjajang. Best ke?


Pertama kali aku cuma makan ramen daripada Samyang jenis ni. Sebelum ni aku pernah makan ramen original paket warna hitam dan ramen 2x spicy paket warna merah. Warna hitam, aku boleh je makan sebab tak pedas sangat tapi warna merah tu memang pedas. Aku makan pun tak habis.

Adik-beradik pedas.

Yang ni aku makan sekali je sebab rasa tak best. Pahit!

Masa pergi mart, jumpa lah samyang hijau ni. Jjajang. Perisa jajangmyeon aka mi sos kacang hitam. Aku beli satu bundle sebab nak try. Kes sebelum ni aku pernah beli perisa jjajang jugak. Tapi tak best. Tak kena dengan tekak kes pahit sangat dan langsung tak pedas.


Bagi aku, ramen jjajang yang pedas ni memang best. Ibarat kombinasi rasa ramen paket hitam tu dengan sos jjajang. Pedas tu memang ada tapi still boleh makan lagi tanpa minum air.

12 comment (s):

  1. saya mkn mee sedap korea je.. samyang x mkn.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jumpa lagi bendalah ni

    ReplyDelete
  3. Oh bagus kalau pedas. Ada pernah makan jjajang rasa masin sahaja.

    ReplyDelete
  4. Yang ni belum cuba. Akak suka yang pink tu :)

    ReplyDelete
  5. Saya pula, tak pernah makan Ramen. Maggi saya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba. Maggi (Malaysia), ramen (Jepun), ramyun (Korea).

      Delete
  6. Kalau samyang setakat ni Cik TK suka yang pink. Tak pedas. Kalau yang jjajang ni tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jjajang ni tak selalu ada. Biasa kalau pergi mall atau mart, jumpa paket hitam, kuning (cheese) dan pink je.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.