What's up?

  • run

    HOME

Surat-surat daripada members kepada Lee Kwang Soo.


Malam tadi baru sempat tengok Running Man episod 559. Episod terakhir Lee Kwang Soo sebagai member Running Man. Terasa sangat kehilangan Kwang Soo. Ye lah. Bila sebut Kwang Soo, mesti akan sebut Running Man.


Aku start tengok Running Man dari episod pertama lagi. Aku ingat lagi waktu tu tahun 2010. Dulu tengok online. Tak silap aku dalam iSUBS. Lepas iSUBS lambat update episod baru, tukar pulak tengok kat KSHOWNOW. Sekarang just tengok dalam Dramacool sebab boleh tukar-tukar saiz video. Dalam Astro ada je. Tapi subtitle tak best sangat. Kat Malaysia, antara stesen TV yang tayang adalah TV2, NTV7 (sebelum Didik TV), TV9 dan Astro.




Awal-awal dulu Lizzy dan Joong Ki keluar tak terasa sangat sebab baru lagi. Lepas tu Gary keluar. Time tu Running man tengah dalam krisis kejatuhan sebab variety shows lain tengah naik. Sekarang, Kwang Soo pulak keluar. Katanya sebab dia ada masalah kesihatan kes kaki dia pernah operate. So, tak boleh nak lasak.

Rancangan ni tak bosan sebab kamu. - Yu Jae Seok

Betul. Memang tak bosan bila Kwang Soo ada. Aku ingat lagi ada dua episod Kwang Soo tak dapat join sebab kaki cedera. Episod-episod tu memang rasa kosong sebab dia takde. Bila dia ada semula dalam dua minggu seterusnya, baru rasa feel tengok Running Man. Dia dah jadi macam jiwa Running Man. Bila dia takde, memang terkesan sangat.


Dalam episod 559, members Running Man buat surat untuk bagi kat Kwang Soo. Memang touching lah waktu tu. Semua sebak dah sedih especially Ji Hyo dan Se Chan. Dua orang ni memang rapat sangat dengan Kwang Soo.










Waktu Gary keluar dulu pun memang rasa kosong Running man sebelum masuknya Se Chan dan So Min. Sekarang Kwang Soo dah takde. Entah macam mana lah episod lepas ni. Harap dapat maintain sama konsep dan lawaknya. 

9012 forever.

4 comment (s):

  1. Dulu-dulu pernah layan jugak.. tapi tak tegar. Sekarang dah langsung tidak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dulu memang ramai yang tengok. Sampai TV2, NTV7, TV9 dan Astro berlumba-lumba tayang. Sekarang best je. Waktu kritikal RM dah berakhir lepas ahli baru join.

      Delete
  2. Sedihhh bila masuk part baca surat tuuuuuu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kwang Soo tak tahan sebak terpaksa tinggalkan keluarga kedua dia. 😌

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.