What's up?

  • run

    HOME

Big Bad Wolf kembali mengganas! Kanak-kanak, sila jaga diri.


Untuk musim baru ni, Big Bad Wolf (BBW) guna tema kanak-kanak. Memang banyak promosi menarik buku kanak-kanak yang dijual. Even design website kali ni pun ada beberapa perubahan yang diorang buat untuk match dengan tema kanak-kanak.


Promosi untuk kali ni bermula dari 29 Julai 2021 hingga 2 Ogos 2021. Untuk promo ni, bagi aku, better dari sebelum ni. Ada banyak section dan harga menarik yang BBW tawarkan.

RM1 Book Deal


Ada beberapa buah buku yang ditawarkan kepada sesiapa yang nak beli dengan harga RM1. Tapi syaratnya mesti lah beli barang lain dengan total minimum RM100. Kiranya, siapa yang beli at least RM100, diberi peluang untuk dapatkan buku dengan harga RM1.

555 Sticker Promotion



Yang ni buku sticker. Ada banyak tema buku ni macam tema haiwan, pengangkutan dan askar. Buku macam ni bagus untuk bantu perkembangan otak kanak-kanak. Dalam buku ni, akan ada tempat untuk tampal sticker dalam setiap muka surat.

Noisy Readers Fairytale Promotion



Buku ni boleh keluarkan suara. Ada butang kat tepi tu untuk ditekan. Bagi aku, sangat menarik untuk digunakan sebagai bacaan sebelum tidur. Aku pun macam berminat nak beli. 😂

Puzzle - Travel, Learn and Explore



Puzzle dari BBW ni memang berkualiti. Bukan yang cikai-cikai dan nipis tu. Satu set kotak puzzle ni akan diberi buku berkaitan tema puzzle tu. Kalau puzzle sistem solar tu, akan diberi buku yang ada info detail pasal sistem solar.

Discount Promotion


Ada 3 jenis promo diskaun: 5%, 7.5% dan 10%. Nak dapat promo ni, memang ada syarat. Kena beli barang at least RM80 dan redeem code masa nak check out nanti.

Tinggal 2 hari lagi sebelum promo musim ni tamat. Boleh jengah dulu website BBW. Mana lah tahu ada yang berkenan di hati. Boleh lah beli. Aku ada jugak lah beli buku untuk anak buah. Buku cerita. Harga pun tengah murah.


Kalau nak beli, boleh bukak website BBW. Banyak promo. Ada yang murah, ada yang mahal. Beli ikut kemampuan dan keperluan.

6 comment (s):

  1. Rajin BBW buat sale. Rasa macam baru je lagi promo haritu.

    ReplyDelete
  2. Selamat membeli buku dan selamat membaca

    ReplyDelete
  3. Dah terlepas dah sale BBW ni, tapi rasanya BBW selalu jugak buat sale kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang selalu ada. Nanti bulan depan ada balik kot tu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.