What's up?

  • run

    HOME

Review: Sambal Penyet Pedas Desik dari Amsaz Kitchen.


Last aku makan sambal peyet masa order nasi ayam penyet dari Pak Gembus beberapa bulan lepas. Memang pedas berdesik rasa. Dulu masa kat Putrajaya sebelum PKP, selalu jugak aku makan kat branch dia. Sambal tu memang best sampai menambah-nambah nasi bila makan.

Sambal penyet Amsaz Kitchen ni kakak aku yang bagi. Hantar guna pos. Tak tanya pulak aku harga sebotol ni berapa ringgit. Kalau ikutkan standard, harga sebotol sambal penyet takkan lebih RM20.

Rasa sambal penyet ni sangat fresh. Mungkin owner yang buat tu memang guna lada yang betul-betul segar. Sebab bila aku calit sambal ke lidah, memang dapat rasa kesegaran lada tu. Pedas ke? Memang pedas. Tapi boleh makan lagi. Standard tahap kepedasan sambal ayam penyet.


Aku takde masa nak masak proper ayam penyet bagai. Just goreng ayam kunyit dan telur dadar. Makan sekali dengan nasi putih, tabur sikit seaweed flakes kat atas nasi. Sesudu sambal dah cukup untuk sekali makan. Memang sedap sambal ni. Minyak pun tak banyak, sedang-sedang je sebab nak bagi sambal ni tahan lama. Yang pasti, sambal ni takde belacan. Memang aku boleh makan tanpa risau hidung berair.

12 comment (s):

  1. Kalau sedap memang menambah2 nasiklah

    ReplyDelete
  2. perghhhhh dapat sambal mcm ni, pastu nasi panas2 mmg manthop selera nya tu ;)

    ReplyDelete
  3. mcm menarik je sambal ni. nak kena cari la..

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan pecal Lele.. sambalnya sama kot macam sambal penyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecal lele pun best. Saya pernah makan kat Wong Solo. Memang best.

      Delete
  5. Memang sukalah orang yang ada resdung kalau makan sambal ni sebab tak ada belacan, kalau tak, mahu empat hari empat malam duk bersin je kerjanya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang sesuai bagi orang yang ada resdung makan.

      Delete
  6. Replies
    1. Itu lah. Sambal ni memang best makan dengan nasi kosong.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.