What's up?

  • run

    HOME

Barang yang perlu dibawa semasa temu janji vaksinasi.


IC/passport

Wajib bawak sama ada IC atau passport (bagi bukan warganegara). Sebab masa nak daftar, sukarelawan atau staf yang jaga stesen pendaftaran akan mintak benda ni untuk proceed ke stesen seterusnya. Kalau takde IC atau passport, memang tak dapat cucuk.

Kad fizikal vaksinasi

Yang ni bawak bila datang untuk cucuk dos ke-2. Kat PPV aku, memang kena bawak kad fizikal ni. Kalau tempat lain, ada yang guna app MySejahtera. Untuk keselamatan in case phone atau sistem problem, digalakkan bawak kad fizikal.

Senarai ubat-ubatan

Kalau yang bergantung kepada ubat-ubatan, part ni kena bagi list kat nurse atau staf yang jaga kat stesen sebelum cucuk nanti. Macam mak ayah aku, bila sampai kat kaunter nurse tu, diorang akan check teliti ubat-ubat apa yang mak ayah aku consume macam ubat kencing manis, darah tinggi dsb.

Pen

Digalakkan bawak pen sendiri. Kat PPV yang aku pergi, diorang memang sediakan pen. Siap ada tali dan selotep kat meja lagi. Tapi aku bawak pen sendiri. Tak kisah hitam atau biru. Asalkan pen. Cukup sekadar ballpoint pen, tak perlu gel pen bagai. Nanti masalah pulak bila dakwat lambat kering. Aku bawak pen sendiri sebab aku nak minimize sentuhan kat sana. Dah lah terpaksa duduk kat kerusi yang tak disanitasi. Risau pulak. Mana lah tahu kot-kot dalam ramai-ramai yang datang PPV tu, ada sorang yang positif COVID-19. Tak ke naya?

Telefon bimbit

Bergantung pada PPV. Macam kat tempat aku pergi, memang kat sini 100% manual. Tak perlu nak scan QR code. Kalau nak isi rekod kehadiran, ada buku log disediakan. Tempat lain, memang ada yang kena guna MySejahtera untuk mudahkan proses key in data dalam sistem.

PENTING! PENTING! PENTING!
  1. Pastikan masa nak rekod kehadiran, check siap-siap suhu badan. Sebab nanti dalam borang vaksin tu, ada part yang kita kena masukkkan suhu badan kita. Jangan jadi macam aku. Tengah sedap isi borang, terpaksa patah balik ke pintu depan sebab nak check suhu badan.
  2. Elakkan sentuh bahagian muka. Masa kat sana, jangan sesekali duk gonyoh mata, hidung atau telinga walaupun gatal menggila. Kalau nak sentuh, pastikan sanitize tangan tu dulu. Bawak sanitizer gel atau spray dari rumah.
  3. Lagi satu, akan ada orang yang nak bergambar dan mintak kita tolong ambilkan gambar. Bagi aku, simple je. Kalau takut dijangkiti virus, tolak secara elok. Kalau niat nak tolong dia yang datang sorang-sorang, pastikan sanitize tangan kita sebelum dan selepas pegang phone dia.
  4. Elakkan bersembang dan elak diri dari orang yang bersembang. Masa aku tunggu untuk cucuk dos ke-2, ada dua orang mamat ni santai betul duk bersembang depan aku. Memang lah jarak satu meter, tapi tu tak bermakna zarah-zarah dari mulut tu tak tersebar. Bila nampak diorang, aku terus tukar tempat jauh dari situ. Walaupun dah lama tak jumpa, tu bukan tempat untuk sesuka hati bersembang.
  5. Bila dah setel cucuk dan balik rumah, terus mandi dan basuh pakaian. Memang akan rasa penat dan lenguh lepas cucuk. Tapi kena mandi dulu. Lepas dah setel, kalau nak tidur sepanjang hari pun tak kisah.

10 comment (s):

  1. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang akan menjalani proses vaksinasi nanti. Aaminnn...

    ReplyDelete
  2. Telefon bimbit penting untuk ambil gambar dengan plakad.. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak keluarkan phone pun tak berani risau melekat virus. 😭

      Delete
  3. Pen tu penting. Tak perlu pakai pen yang disediakan.

    ReplyDelete
  4. betul tu..semua wajib dibawa nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Prepare siap-siap sebelum gerak ke PPV.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.