What's up?

  • run

    HOME

Mencuba keenakan Sponge Cake with Tiger Skin.


Sebelum ni aku ada buat entri pasal barang menarik yang ada kat MR. DIY. Salah satunya kek span ni. Waktu kat MR. DIY tu, aku sempat beli perisa coklat sebab nak try dulu rasa macam mana.

Bila dah makan, memang best. Bukan macam kek span biasa. Kek span ni ada beberapa lapisan. Paling best, ada satu lapisan halus kat tengah-tengah yang rasanya cukup manis. Kek span ni ada 4 perisa: coklat, pandan, pisang dan vanila. Semua perisa ni memang sedap.

1. Perisa coklat.


Semua jenis perisa ada lapisan warna kuning. Aku tak pasti lapisan kuning tu perisa apa. Perisa coklat ni aku paling suka. Rasa coklat secukup rasa, tak lebih dan tak kurang. Memang tak muak makan walapun beberapa kali masuk mulut.

2. Perisa pandan.


Bila koyak plastik wrap, memang semerbak bau pandan. Rasa pandan ni pun cukup ngam. Nak kata macam kek pandan yang pernah aku makan, tak jugak. Mungkin sebab kelembutan kek span ni yang buatkan rasa pandan tu lagi kick.

3. Perisa pisang.


Rasa perisa ni aku boleh katakan hampir sebijik macam kek pisang panjang yang biasa ada kat kedai atau pasar raya. Cuma rasa ke span ni tak seberat kek pisang panjang tu. Dah nama pun kek span kan? Memang light je rasanya.

4. Perisa vanila.


Tekstur paling smooth. Boleh tengok permukaan tu bila dah dihiris. Cantik je. Jarang aku jumpa kek span vanila. Perisa vanila ni pun boleh tahan sedap. Sekali makan, rasa macam cheese tapi bila masuk suapan ke-2, memang rasa vanila.

Aku order dari Shopee. Harga lagi murah dari MR. DIY. Kalau dulu aku beli RM2.50 sebiji, kat Shopee pulak harga RM1.95 sebiji. Kos penghantaran pun free sebab hari tu aku beli waktu promo free shipping.


Bagi aku, berbaloi-baloi beli kek span kulit harimau ni. Aku bukan peminat setia kek sebab kebanyakan kek yang aku pernah makan mesti rasa manis melampau. Tapi kek span ni memang lain. Sedap dan tak muak bila makan. InsyaAllah, ada rezeki nanti nak beli lagi. Sebab memang best.

16 comment (s):

  1. Dari gambar dah nampak seperti lembut saja kek tu.

    ReplyDelete
  2. Alamakkk ada perisa vanilla ke... Pebret tu.. Ok bole msk cart jgk ni hahha

    ReplyDelete
  3. Kek span pandan sedappp. Haritu baru borak dengan adik pasal kek span pandan, pasni boleh la beli kt shopee heheh

    ReplyDelete
  4. Asal MR DIY sini macam takde je hahaha, ke mata kita yang tak nampak >.<
    Semua perisa dia sedap sedappp! Tengok gambar punn nampakkk sedapppp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti semua branch ada ke tak. Boleh try tanya staf diorang ada jual tak.

      Delete
  5. Tekstur kek nampak lembut ibarat kapas . Mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lembut sangat. Sebab tu ketagih nak makan lagi. 😂

      Delete
  6. Ok soon masuk cart juga.. nampak sedap semuanya tu

    ReplyDelete
  7. Nampak fluffy betul keknya. Banyak perisa pulak tu. Berbaloi saiz, rasa dan harganya.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.