What's up?

  • run

    HOME

Roti kosong cicah kari ayam. Menu simple tapi sedap.


Nak masak kari tak mudah disangka. Salah kuantiti minyak, air atau serbuk kari, akan bagi kesan kat tekstur kari. Bab rasa, boleh diolah lagi. Bab tekstur ni, memang payah nak ubah. Silap-silap, menangis sebab kari tak jadi.

Aku suka makan kari tanpa santan. Famili aku suka ada santan. Bagi aku, kari tanpa santan lagi pure. Bila makan, tak rasa berat. Tapi aku respek siapa yang masak kari letak santan. Aku pernah try buat. Tapi hasilnya kurang menjadi. Sebab kena ikut timing yang betul untuk masukkan santan. Bukan boleh tuang macam tu je. Lagi satu, kari tanpa santan ni lambat basi berbanding yang ada santan. Even letak lama-lama bawah tudung saji pun elok lagi.

Resepi kari ada macam-macam jenis. Serbuk kari pun ada macam-macam brand. Bergantung kepada orang. Sebab cita rasa orang tak sama. Aku suka dua brand: Faiza dan Adabi. Aku suka tekstur kari bila masak guna kedua-dua brand ni. Warna tak terlalu muda dan tak terlalu merah. Minyak yang dirembes pun tak banyak keluar. Sesetengah kari, makin lama masak, makin banyak minyak yang terapung-apung.

Menu ni makan petang-petang memang best. Bila ralit makan, tak perasan roti dah habis, tapi kari banyak lagi. Last-last, masuk dapur, ambil nasi putih dan sambung makan. 😅

14 comment (s):

  1. Tak pernah makan kari tanpa santan sebab dah terbiasa kat rumah letak santan. Tapi kari + roti memang sedap 🤌🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dulu memang tak kisah ada santan ke tak. Sekarang bila try tak letak santan, rasa best pulak. Mungkin sebab serbuk kari dah sedap. 😄

      Delete
  2. Heaven betul roti cicah kari. Lagi lagi kari perangat yang semalam punya..
    Naniey kalau kari tanpa santan kari ikan la sedap. Kalau ayam suka yang bersantan.

    ReplyDelete
  3. Menu simple macam ni pun tetap sedap . CCL kalau masak kari atau gulai wajib lebihkan sikit kuah buat cicah dengan roti

    ReplyDelete
  4. saya suka masak kari letak kari lebih.. santan letak sikittt je.. suka kari kawww tp kena berkuah sikit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan mak. Kalau masak kari mesti akan letak kari lebih.

      Delete
  5. Fuh.. Di kala lapar, memamg sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makan panas-panas time hujan pun best jugak.

      Delete
  6. Sekali ngadap je memang licin habis tak sedor hahahaha

    ReplyDelete
  7. Sedap juga roti kosong cicah kari ayam. Ralit makan sampai sambung makan nasi tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Tak perasan roti dah habis. 😂

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.