What's up?

  • run

    HOME

Review: Ghost Pepper Spicy Chicken Cheese.


Lama dah aku nak try produk baru dari Mamee ni. Waktu promo 8.8 hari tu, sempat beli dalam Shopee guna voucher off RM5 yang Mamee bagi.


Dulu aku pernah makan versi original. Pedas yang amat. Memang tak habis makan. Aku memang suka makan pedas. Tapi bukan sepedas ghost pepper ni. Even aku makan ayam goreng McD yang 3x pedas tu pun rasa tak selesa dalam dada. Last-last, masuk jamban sebab perut meragam.


Sekarang, versi cheese ni memang sama je dengan original. Bezanya ada paket cheese diberi sekali. Kali ni, aku letak separuh je perencah ghost pepper tu. Memang tak sanggup nak masukkan semuanya. Naya nanti menggelupur kepedasan.


Bagi aku, bila letak cheese, memang rasa lain walaupun tahap kepedasan masih sama. Tapi tak boleh lawan Samyang punya cheese. Yang tu memang kaw-kaw rasa chesee. Aku tambah kimchi, cheese leleh dan telur goreng sebab nak kurangkan pedas. Nasib baik aku letak separuh je perencah tu. Mampu makan sampai habis. Tapi tak digalakkan makan selalu sebab pedas melampau macam ni boleh mudaratkan tubuh badan. Sekali-sekala tu boleh lah.

14 comment (s):

  1. Terbayang bayang tahap kepedasan dia tuuu. Kalau saya makan, memang pakej keluar masuk jamban tanpa henti lah jawabnya hahahaha :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pedas. Tu pun rasa lagi pedas walau letak separuh perencah. 😣

      Orang kata nak kurangkan pedas, kena minum susu lepas makan pedas. Tapi saya tetap rasa pedas.

      Delete
  2. Fuhhhh...tak berani nak cuba😂.Takut mengulang ke jamban.Ha3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan. Serik dah saya nak makan lepas ni. 😅

      Delete
  3. Masih sama ya noodle dia warna hitam. Dah try yang ori kena lah try yang ni kan? kuikui yang smayang tu tak pedas sangat bagi saya. okay lah. yang ghostpaper ori tu memang menggaru kepala ya gatal! pedah gilossss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samyang memang tak sepedas ghost pepper ni. Kira boleh makan lagi lah.

      Yang ori tu memang saya give up awal-awal.

      Delete
  4. X berani nk cuba kalau dh pedas yang amat tu.. kang x dpt habiskan pulak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak try boleh je. Tapi jangan taruk semua perencah. 😂

      Delete
  5. Makan yang nampak pelik saya tak/jarang makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan ingin tahu. Lepas dah tahu, memang tak nak makan dah. 🤣

      Delete
  6. Replies
    1. Saya tak recommend kat sesiapa yang tak tahan pedas. Nanti berulang masuk jamban. 😅

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau tak tahan pedas, boleh cuba masukkan sikit-sikit perencah ghost pepper tu. Ikut tahap kemampuan dulu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.