What's up?

  • run

    HOME

Cinta Terakhir - Aiman Sidek ft. Syazmin


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Chorus:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ohh ohh ohh

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya (segalanya)

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

**********


Ulasan: Pertama kali aku dengar lagu ni masa zaman matrik dulu. Lagu original dinyayikan oleh Aiman sendiri. Lagu yang penuh syahdu. Menceritakan kisah cinta yang sungguh kuat walaupun mungkin tiada lagi jodoh antara dia dan insan yang dicintai. Redha menerima takdir ketentuan andainya ikatan mereka terputus di tengah jalan.

Banyak perkara yang berlaku kat sekeliling kita dalam masa singat ni. Ada berita gembira, ada berita duka. Harap kita tabah terima apa jua takdir. Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik penentu.

Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga tahun baru kali ni bawak 1001 erti dalam kehidupan kita. Yang lepas jadikan bekalan untuk kita terus jalani rintangan mendatang.

8 comment (s):

  1. Aduh.. betul² jauh saya dari muzik. Tak kenal pun lagu dan penyanyi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak kenal jugak. Tapi layanzz sebab lagu pun sedap didengar.

      Delete
  2. Tak pernah dengar pulak lagu ni. Penyanyi pun tak kenal. Semoga terhibur.

    ReplyDelete
  3. Sama dengan komen kak fiza, tak pernah tahu dan kenal penyanyi ni.
    Btw, salam maal hijrah buat BK! Semoga tahun ni lagi baik daripada tahun tahun sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. teringat kawan di zaman uni. suka betul lagu ni. lama tak jumpa dia sebab kekangan PKP. rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Student uni dulu-dulu memang kenal sangat lagu ni.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.