What's up?

  • run

    HOME

Bidadari syurga, Siti Sarah pergi buat selamanya.


Innalillah wa inna ilahi rajiun.

Pagi tadi dapat berita sedih yang Siti Sarah meninggal dunia setelah beberapa hari bertarung nyawa disebabkan COVID-19. Tak terkata aku bila dapat tahu. Siti Sarah pergi tanpa sempat tengok baby pramatang dia, Ayash Affan, yang dilahirkan secara caesar.

Betul kata orang. Orang baik, Tuhan sayang. Bila Tuhan sayang, cepat Dia panggil balik.


Hilangnya satu lagi permata negara. Aku kenal Siti Sarah masa zaman dia debut dengan lagu Kesetiaan tahun 2002. Mendayu-dayu betul suara dia waktu tu. One of the promising singer sehinggakan berjaya menang beberapa anugerah hebat walaupun masih hijau dalam industri.

Masa tengok live tadi.

Kronologi pemergian Siti Sarah
  • 25 Julai 2021 -  Siti Sarah dan keluarga mengambil ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumahnya disahkan dijangkiti virus tersebut.
  • 27 Julai 2021 - Siti Sarah mengesahkan dirinya, suami dan 3 cahaya mata positif COVID-19.
  • 4 Ogos 2021 - Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras selepas tahap oksigen semakin berkurang.
  • 6 Ogos 2021 - Siti Sarah dimasukkan ke ICU disebabkan paras oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaannya yang tidak berapa baik.
  • 6 Ogos 2021 - Siti Sarah ditidurkan bagi memudahkan doktor melakukan rawatan untuk menstabilkan oksigen.
  • 6 Ogos 2021 - Pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan dilakukan. Ayash Affan, nama diberi, selamat dilahirkan. Nama tersebut merupakan pilihan Siti Sarah dan suaminya yang bermaksud cerdik, cergas, cerdas dan bekerja keras.
  • 7 Ogos 2021 - Paras oksigen Siti Sarah mula naik dari 40 hingga 85.
  • 8 Ogos 2021 - Paras oksigen Siti Sarah mula menurun kembali kepada 40.
  • 9 Ogos 2021 - Siti Sarah kembali ke rahmatullah jam 5.13 pagi. Jenazah Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Tak dapat bayangkan macam mana perasaan Shuib dan 3 orang anak-anak dia yang lain. Memang sedih dan pilu. Semoga Allah SWT tempatkan Allahyarhamah Siti Sarah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

12 comment (s):

  1. Takziah buat ahli keluarga
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. tak terkata sedihnya membayangkan keadaan anak anak kehilangan ibu...

    ReplyDelete
  3. Salam takziah kepada ahli keluarganya dan ahli keluarga mereka yg terkesan covid.

    ReplyDelete
  4. takziah buat beliau sekeluarga.
    Setiap kali baca berita ni, terasa meremang.
    Auranya sangat terasa dan memberi kesan.

    ReplyDelete
  5. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat keluarga arwah. Terkesan bila dapat tahu berita kematian siti sarah. Tak tahu kenapa. Moga moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.