What's up?

  • run

    HOME

Blogger tak boleh bukak di browser? Pastikan install Mozilla Firefox.


Tengah malam tadi, dalam 12.30, aku nak bukak Blogger guna Microsoft Edge. Tapi tak boleh. Nak kata line internet aku problem, tak. Boleh je bukak app lain. Semua website tak boleh bukak guna Edge, Opera dan Chrome. Masalah ni berlaku dalam beberapa minit.

Tapi yang peliknya, Mozilla Firefox tak terkesan pun. Boleh je bukak mana-mana website guna Firefox.

Opera.

Google Chrome.

Waktu tu, baru aku ingat. Firefox bukan Chromium-based browser. Edge, Opera dan Chrome adalah Chromium-based browser. Aku agak ada something wrong kat diorang punya back end. Entah apa yang diorang kemas kini sampai semua website tak boleh bukak.

Chromium is a free and open-source codebase for a web browser, principally developed and maintained by Google. Google uses the code to make its Chrome web browser, which has additional features.

Secara ringkas, Edge dan Opera guna kod yang diberi melalui projek Chromium. Manakala Chrome ni Google yang handle. Kod ni lah yang bantu browser tu untuk hidup dan ada ciri-ciri yang diperlukan.

Kalau Chromium ada masalah teknikal, semua browser dalam projek Chromium ni akan terkesan,

Chromium.

Tapi kenapa Firefox tak guna Chromium? Banyak sebab. Antaranya isu keselamatan dan privasi. Kiranya boleh dikatakan Firefox vs Chromium ni macam iOS vs Android. Ada pro dan kontra.


Dua 3 menjak ni ramai bloggers yang ada masalah untuk guna Blogger. Aku tak pasti masalah tu berpunca dari mana. Mungkin dari Google atau dari telco. Sekarang pun ada company telco yang tengah upgrade servis diorang. Sedikit sebanyak beri kesan kepada line kat sesetengah kawasan.

Firefox memang dah lama ada dalam laptop aku. Dari dulu lagi aku lebih suka guna Firefox kalau nak dibandingkan dengan browser lain. Aku guna sebagai browser utama. Bila jadi masalah macam ni, baru aku tahu pentingnya ada Firefox. Nak guna browser lain takde masalah. Asalkan ada back up, in case masalah ni berulang lagi dalam jangka masa yang lama.

16 comment (s):

  1. Jarang sekali CCL guna firefox ni . Memang selalu akan guna google

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak jarang guna Google Chrome, selalu guna Firefox.

      Delete
  2. semalam akak bukak guna chrome & firefox okeylah pulak. Cuma blogger reading list jer akak jadi meluat nak bukak sekarang ni. Sebab semua blogger post tak boleh nak view all. Kalau nak baca post blogger2 nak kena select satu2, memang matilanak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu punca tu datang dari mana. Banyak sebab. Mungkin dari jenis template, domain, telco, Google dsb.

      Kena sabar dua 3 minggu ni. 😌

      Delete
  3. Oh.. saya memang guna chrome je.. certain website utk kerja mmg dh diberitahu awal kena pakai firefox.. br tau jugak pro & cons firefox vs browser lain2 tu.. tq info BK

    ReplyDelete
  4. Tengah naik taraf rupanya.
    Oklah tunggu sahajalah kembali semula ke asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak tak nak, kena tunggu dengan sabar.

      Delete
  5. Firefox jarang bermasalah dan lebih ringan. Tapi tu lah dah biasa guna chrome. Mujurlah sekarang ada banyak browser sekarang. Kalau dulu harapkan internet explorer je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sebab ringan dari browser lain. Tu yang saya suka guna.

      Delete
  6. Kami ni mesti berpengetahuan mengenai IT. Saya guna saja tahu.

    ReplyDelete
  7. Aku kat Indonesia guna Microsoft Edge tak de masalah. Mungkin ada masalah sama layanan telekomunikasi. Aku kat sini tak bisa buka gambar jika guna salah satu oenyedia layanan. Yang lain aman aja Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak telco yang ada problem waktu tu. Itu lah. Kena ada back up browser.

      Delete
  8. Dulu selalu guna firefox, tapi sekarang chrome. Tak tahulah kenapa still setia dengan chrome walaupun kadang macam ada banyak masalah jugak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak dulu-dulu suka guna Chrome. Tapi lepas Chrome ni ada problem RAM, terus tukar guna Firefox. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.