What's up?

  • run

    HOME

URL gambar Blogger berubah dari https://1.bp.blogspot.com kepada https://blogger.googleusercontent.com.

 Update: Masalah sudah selesai (23 Ogos 2021)


Aku perasan start dari 19 Ogos lepas. Bila aku post entri baru, thumbnail gambar entri tak muncul dalam mobile view. Bermula dari entri pasal kek span.

Lama:
  • https://1.bp.blogspot.com/...
  • https://lh3.googleusercontent.com/...

Baru:
  • https://blogger.googleusercontent.com/img/...

Kalau tengok screenshot aku dari mobile view, memang gambar thumbnail 3 entri terbaru tak muncul. Kali terakhir muncul masa aku buat entri pada 16 Ogos.


Bukan tu je, waktu aku blogwalking, aku perasan kat widget Blog List beberapa orang bloggers, entri terbaru yang aku post takde gambar thumbnail. Hanya ada favicon, nama blog, tajuk dan waktu je.

Dari blog Atiqah Najihah.

Lepas tu, paling menyakitkan, bila klik gambar, Lightbox dah tak function. Lightbox ni maksudnya bila kita klik gambar, akan akan ada background separa gelap dan bawah gambar utama tu ada beberapa gambar lain dalam entri yang sama. Macam slideshow tapi versi manual. Ketiadaan Lightbox akan melecehkan sebab bila klik back selepas view gambar, page entri tu akan di refresh.

Contoh Lightbox.

'blogger.googleusercontent.com' ni merupakan subdomain untuk simpan gambar secara sementara (temporary). Yang biasa kita guna adalah '.bp.blogspot.com' atau 'lh3.googleusercontent.com'.

Dalam page Blogger Help, ramai yang alami masalah ni. Ada yang cakap cuba buat blog baru, upload dan copy URL gambar dari sana. Ada yang jadi, ada yang tak. Dan tak semua bloggers terkesan dengan masalah ni. Ada yang maintain elok, ada yang alami masalah ni, macam aku. Jawapan yang diberi pun tak membantu setakat ni.

Jawapan 1.

Jawapan 2.

Jawapan 3.

Bila terjadinya pertukaran URL ni, ada 3 masalah yang dikenal pasti:
  1. Gambar thumbnail entri tak muncul dalam mobile view.
  2. Gambar thumbnail entri tak muncul dalam Blog List.
  3. Lightbox tak berfungsi.

Ada alternatif untuk selesaikan masalah ni?


  1. Drag and drop image - Aku dah try tapi tak jadi. Asyik keluar error. Dan cara ni tak stabil disebabkan gambar mungkin akan hilang dalam jangka masa tertentu.
  2. By URL - Cara ni elok bila gambar tu dari hosting lain macam Flickr dsb. Tapi bila URL tu diambil dari Google Photos, akan jadi tak stabil jugak.
  3. Letak https://imagecdn.app/v2/image/ kat depan URL gambar yang ada https://blogger.googleusercontent.com/img/ - Cara ni pun aku dah buat. Tak jadi jugak. Thumbnail tetap tak muncul.

Jadi, setakat ni memang takde penyelesaian. Harap Blogger cepat lah selesaikan masalah ni. Ramai bloggers yang terkesan. Lagi-lagi bila blog diorang fokuskan kat gambar-gambar yang memerlukan fungsi Lightbox. Bila masalah macam ni berlaku, SEO blog pun akan terkesan.
 
**********
 
Update 1 (22 Ogos 2021, 11.30 PM)
 
Aku jumpa satu solution masa duk godek-godek album dalam Blogger. Harapnya cara ni dapat digunakan, sementara pihak Blogger fix semua masalah yang berlaku.

 Kelemahan: Walaupun cara ni boleh fix masalah thumbnail dan Lightbox, tapi saiz maksimum lebar gambar adalah 2048 pixel. Contohnya kalau upload gambar orginal bersaiz 4160 pixel, gambar lepas di upload akan berkurang jadi 2048 pixel.

Cara atasi masalah gambar thumbnail dan Lightbox
  1. Sign in Google's Album Archive (https://get.google.com/albumarchive).
  2. Klik Photos from Blogger dan cari gambar yang dah di upload.
  3. Right click gambar dan pilih open image in a new tab.
  4. Copy URL gambar bermula dari https://lh3.googleusercontent.com/... sampai sebelum simbol sama dengan iaitu '='.
  5. Bukak entri yang problem dan paste URL tu menggantikan URL asal gambar. Boleh tengok contoh URL yang di highlight (rujuk gambar kat bawah).
  6. Klik Update dan tadaa! Setel masalah.

URL asal.

URL lepas ditukar.


Lightbox dah elok.

Walaupun aku dah jumpa cara nak selesaikan buat sementara, tapi harapnya pihak Blogger tetap boleh fix masalah ni permanently. Tak kuasa nak copy paste URL setiap kali nak post entri baru. 🙄

Update 2 (23 Ogos 2021, 5.30 PM)

Aku cuba cara lain:
  1. Aku delete history, cache dsb dari browser Edge, Firefox dan Opera (sebab aku selalu bukak Blogger dari browser ni).
  2. Aku disable antivirus.
  3. Aku bukak Blogger dan upload gambar dalam Blogger guna Chrome.

Masalah dah selesai. Aku tak tahu ni kebetulan atau memang Blogger dah fix masalah perubahan subdomain gambar Blogger ni. Harapnya lepas ni tak terjadi lagi masalah macam ni. Leceh nak kena update semula setiap entri.

22 comment (s):

  1. Huh. Melibatkan hal teknikal ni. Memang pening kepala dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang 2, 3 bulan ni pening mengadap masalah teknikal macam ni.

      Delete
  2. Oh setakat ni Cik TK tak perasan pula ada masalah ini.. Tapi buat yang terkesan, moga cepat selesai masalahnya

    ReplyDelete
  3. Ooo x perasan plk mslh ni.. So far tak nmpk lg error or mslh kt blog kita.. Tp harap xde la kan.. Pada yg terkesan.. Harap blogger dpt la selesaikan nya dgn cpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah elok. Mungkin sebab ramai yang report masalah ni kat pihak diorang.

      Delete
  4. Tidak perasan masalah ini. Insya Allah nanti google selesaikan. Rajin mereka kemaskini sistem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tiap-tiap bulan ada je yang berubah. 😵

      Delete
  5. Tak perasan pula perubahan ni. Tadi check kat blog sendiri gambar masih link seperti sebelum ni. Kalau ada perubahan mungkin berperingkat ..Harap tak de la. Mungkin ada masalah sistem blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kali ni cepat je diorang fix. Tak sampai seminggu.

      Delete
  6. Tak perasan pula berlaku, mungkin saya kurang guna lightbox tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tak semua akaun yang terkesan dengan perubahan ni.

      Delete
  7. Alhamdulillah, takdelah plak hadapi masalah ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tu. Takde pening kepala nanti. 😣

      Delete
  8. CCL pun tak perasan jugak perubahan tu . Harap cepat puluh laa macam biasa

    ReplyDelete
  9. Perasan gak masa buka blog tengok dekat sidebar tu, takde gambar. Ada ayat semata mata. Ingatkan bukan masalah la, rupa-rupanya masalah ya. Nasib baik dah setel. Ini selagi tak setel, memang mahu pening kepala duk fikir nak selesaikan macam mana >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Betul tu. Waktu tu banyak problem bila URL diubah. Memang tak best tengok URL tu. Berserabut. 😌

      Delete
  10. waduh terima kasih tutorialnya, membantu sekali

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.