What's up?

  • run

    HOME

Malaysia dah luluskan penggunaan vaksin Moderna.


3 hari lepas (5 Ogos 2021), Malaysia luluskan penggunaan vaksin Moderna. Dengan itu, vaksin yang diluluskan penggunaannya di Malaysia ada sebanyak 8 jenis:
  1. Pfizer-BioNTech
  2. AstraZeneca
  3. Sinovac
  4. CanSinoBIO
  5. Sputnik V
  6. Sinopharm
  7. Janssen
  8. Moderna

Vaksin Moderna atau nama barunya Spikevax ni guna teknologi yang sama macam Pfizer. Jangan lepas ni ramai yang berebut nak pilih vaksin Moderna sudah lah. 😒

Walaupun Malaysia dah luluskan 8 jenis vaksin, tapi hanya 3 jenis vaksin yang dah digunakan setakat ni. Penggunaan CanSinoBIO, Sputnik V, Sinopharm dan Janssen masih lagi belum dimulakan.

Sekarang virus mutasi varian Delta wujud kat Malaysia. Adakah Moderna mampu lawan varian Delta ni? Setakat yang aku tahu, dua dos Pfizer dan AstraZeneca memang mampu lawan.


Awalnya, sesiapa yang terima Pfizer dan AstraZeneca ni, paras antibodi diorang sangat tinggi. Tapi ada kajian baru yang mengatakan paras antibodi Pfizer dan AstraZeneca menurun hingga lebih 50% dalam 10 minggu. Mungkin sebab ni syarikat Pfizer tu sendiri katakan yang dos ke-3 Pfizer mampu tingkatkan tahap perlindungan terhadap varian Delta.


Bagi aku yang penting ialah herd immunity aka imuniti berkelompok. Tak kisah vaksin jenis apa sekalipun. Kalau tak capai herd immunity, memang takkan terhapus COVID-19 ni kat muka bumi.

10 comment (s):

  1. Macam-macam vaksin dah ada.. harap² boleh lawan covid-19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semoga hilang COVID-19 kat muka bumi.

      Delete
  2. Harap2 dapat membendung penularan c19 ini

    ReplyDelete
  3. Vaksin dan dalaman kita sendiri gabungkan. In sya Allah boleh.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. InsyaAllah dapat nanti. Semoga kita semua dilindungi.

      Delete
  5. Dah 8 jenis ya vaksin di Malaysia. Moga moga dapat membantu menghapuskan covid-19 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Risau kes takde kesudahan. 😢

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.