What's up?

  • run

    HOME

Ghost pepper dry black noodles? Aku makan separuh, lepas tu aku give up!


Tak terlambat lagi untuk aku story sikit pengalaman aku makan benda mengerikan ni. Megi ghost pepper ni keluaran Mamee. Megi? Mamee? Umum tahu rakyat Malaysia panggil mana-mana mi segera dengan panggilan megi. Bagi aku mamee tu merujuk kepada Mamee Monster, jajan yang biasa kita makan waktu kecik-kecik dulu.

Petang tu aku keluar pergi kedai. Nampak 7e, aku pun singgah sebab nak beli tisu basah dan air pepsi. Sekali nampak megi ghost pepper ni! Apa lagi aku grab satu dan terus bayar. Kan tengah viral benda alah ni.

Sampai rumah, aku terus masak. Suapan pertama ok lagi. Tapi bila masuk kali kedua, kerongkong aku dah mula rasa berapi! Pedas nauzubillah! Aku gagahkan lagi untuk suapan seterusnya. Tapi sampai separuh cup, aku give up! Tak tahan. Peluh mencurah-curah kat muka.

Mi yang teramat pedas!

Mi ni pedas. Lagi pedas daripada brand Samyang tu. Tapi rasa keenakan mi ghost pepper ni tak berapa kick. Bagi aku rasa mi kenyal Samyang lagi best. Bila makan tu dapat rasa kenikmatan walaupun pedas di bibir.

Nasib tak baik, malam tu perut aku memulas! Aku dah agak mesti sebab megi ghost pepper ni. Aku boleh makan pedas. Aku suka makan pedas. Hampir setiap hari kalau aku masak, aku akan letak cili atau lada dalam masakan. Nasi goreng, mi goreng, megi, masak merah, masak kicap semua kena pedas. Tapi megi ghost pepper ni pedas lain macam!

Jajan Mamee Monster paling pedas.

Sama lah dengan jajan mamee ghost peeper yang pack warna biru hitam tu. Aku makan sepaket, tak lama lepas tu perut memulas. Entah cili apa yang diorang gunakan. Sedap tapi pedas dan memang lepas ni aku takkan makan dah. Cukup lah sekali je aku makan megi ghost pepper ni!

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.