What's up?

  • run

    HOME

Pesta buku online terbesar? Shopee buat KLIBF online 2020!


Hari ni bermula lah hari pertama pesta buku online dalam Shopee ni. Sepanjang aku layan Shopee, ini lah kali pertama aku perasan ada pesta buku online. Alah, macam pesta buku besar Big Bad Wolf tu, tapi secara online. Aku yang memang suka beli buku murah-murah, sangat teruja bila ada event macam ni. Tak perlu lagi susah payah keluar pergi kedai fizikal plus banyak diskaun yang ditawarkan dalam Shopee ni.

Shocking sale yang memang wajib ada.

Macam-macam jenis genre buku yang ada dalam pesta ni. Dari kanak-kanak, pendidikan, novel cinta cintun, sehingga lah komik! Tadi waktu aku belek-belek page pesta buku ni, baru aku sedar selama ni MPH Bookstore dan Pelangi Books pun ada online shop kat Shopee.

Pelbagai kedai online ada.

Dulu waktu zaman sekolah dan berhingus, aku paling suka buku rujukan terbitan Pelangi Books ni. Kemas dan padat. Lagi satu, mostly font yang digunakan user-friendly. Tak terlalu formal sangat dan tak terlalu simple. MPH Bookstore dekat je dengan tempat aku ni. Tapi setiap kali pergi sana, lupa buku apa yang patut aku beli. Sebab rambang mata! Bila ada dalam Shopee ni, senang sikit nak pilih. Ambil masa lama pun tak siapa yang boleh marah.


Diskaun RM2.90. Murah tak?

Bekazon pun sememangnya join event ni. Banyak jugak diskaun yang ada. Tapi itu lah. Kalau ada bajet lebih, boleh beli. Bekazon antara brand komik tempatan yang masih bertahan sekarang ni. Kalau nak tahu, majalah Ujang&Apo? yang aku mention dalam entri pertama aku, ini lah company diorang.

Jadi, apa lagi? Jom sama-sama serbu KLIBF online ni bermula 25 Jun 2020 hingga 8 Julai 2020!

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.