Masak jjajangmyeon sebab diracun Running Man.


Semalam duk khatam tengok balik episod-episod lepas Running Man (RM). Dulu dalam tahun 2015 - 2017 terasa sangat kurang melayan RM. Mungkin sebab sibuk dengan urusan harian sampai terpaksa skip tengok beberapa episod. Even kalau tengok pun, tak fokus sangat.

Jadi bermula lah beberapa minggu ni duk asyik melayan RM tak sudah. Ada satu episod (episod 249) yang ada misi pasal jjajangmyeon. FYI, jjajangmyeon aka black bean noodle ni makanan tradisional orang Korea. Mi (selalunya warna kuning pucat) yang digaul sekali dengan sos kacang hitam.

Pelbagai versi moden.

Nampak mewah betul.

Aku ada beli sos jjajangmyeon kat Shopee. Konon nak cuba macam mana rasa sebenar jjajangmyeon. Sebelum ni aku pernah makan Samyang perisa jjajangmyeon. Ada yang pahit dan ada yang pedas. So, aku tak tahu rasa sebenar macam mana.



Petang tu, gigih lah duk masak kat dapur. Nak buat senang je sebab main campak-campak. 50% ready-made. Mi aku beli mi lidi. Nostalgia betul makan mi ni zaman sekolah dulu. Pagi-pagi sarapan, wajib ada mi goreng guna mi lidi ni.


Aku tak pasti memang betul ke tak rasa authentic jjajangmyeon Korea. Sebab aku tak pernah makan atau beli jjajangmyeon kat kedai makan. Sos jjajangmyeon ni macam ada rasa asam boi sikit. Aku campur timun batang, carrot dan kimchi. Padahal ada timun pun dah cukup. Saja nak bagi meriah.


Jadi, sedap ke? Kalau ikut tekak aku, memang sedap. Ibarat makan mi goreng basah banyak kicap. Yang lainnya, kena masukkan tepung jagung dalam sos jjajangmyeon sebab nak bagi likat. Kelikatan tu yang penting. Makan panas-panas memang best.

Post a Comment

18 Comments

  1. Tak pernah makan😅.Ada rasa macam mee sizzling tak? Hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang tak sama dengan sizzling. Lebih kepada rasa ala-ala kacang.

      Delete
  2. pernah beli kt Dubuyo, cair mcm mee hailam..pernah buat jg, baru puas hati..likat tu penting..haha..

    ReplyDelete
  3. alamak jenis mcm mi kicap hailam eh, cuma pekat2... x pernah lagi rasa jjamyeong ni... klu rasa mcm mi kicap2 hailam mcm erkk kurang minat ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Nak explain macam mana ek. Rasa jjajangmyeon tak sama macam mi goreng basah, mi hailam atau yee mee. Rasa berkicap tapi dalam masa sama rasa masam, manis dan masin.

      Delete
  4. Saya jarang makan makanan Korea sebab saya tak tahan pedas.. hihi tapi yang boleh tahan setakat nie cuma kimchi jea, dan satu lagi kimbap.. yang lain-lain memang perut takleh terima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang tak pedas langsung. Budak-budak pun boleh makan.

      Delete
  5. macam nak try jugak jee... dh lama jgk teringin nak rasa jjangmyeon ni

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah lagi merasai makanan Korea..

    ReplyDelete
  7. Kalau tengok slot makan tengah hari dalam running man ni, perut yang kenyang pun boleh lapar balik hahaha. Dia punya slurpp slurppp ke mi tuuuu perghh kecur air liur. Tapi setakat ni tak pernah makan lagi jjajangmyeon, takut pedas walaupun tak pedas pun kann hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Cara diorang makan pun boleh buat kita tertelan air liur.

      Betul tu. Memang tak pedas pun sebab takde diletakkan benda-benda pedas dalam tu.

      Delete
  8. Nampak menyelerakan tetapi saya mungkinn tak berani nak masak sendiri takut lain macam jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try beli Samyang. Cuba dulu rasa macam mana. 🙂

      Delete