Drama Taiwan: Black & White (2009).


Tajuk: Black & White
Jumlah episod: 24
Genre: Drama kepolisan, aksi
Bahasa asal: Mandarin
Tarikh tayangan: 11 April 2009 - 27 Jun 2009
Siaran TV: PTS (Taiwan)
Pelakon: Vic Chou, Mark Chao, Janine Chang, Ivy Chen, Xiu Jie Kai, Sonia Sui

Sinopsis


Kisah dua orang pegawai polis yang mempunyai dua pemikiran dan karakter yang berbeza. Wu Ying Xiong (Mark Chao) lebih tegas dan teliti dalam setiap tugas manakala Chen Zai Tian (Vic Chou) suka ambil mudah dalam setiap perkara. Ditakdirkan dua orang ni kena bekerjasama untuk selesaikan kes jenayah berprofil tinggi.

Ulasanspoiler alert


Dalam masa 48 jam aku duk maraton tengok semula cerita ni dari awal sampai habis. Dulu aku tengok drama ni masa tahun 2009 atau 2010 kat TV2. Tak silap aku masa tu TV2 tayang pukul 6 petang sampai 7 petang. Tak sangka RTM mampu tayang cerita baru macam ni.


Dua watak utama dalam drama ni: Ying Xiong dan Zai Tian. Kalau siapa pernah tengok drama Meteor Garden, mesti akan kenal Zai Tian ni. Lakonan Vic Chou yang bawa watak Hua Ze Lei dalam Meteor Garden.

Kisah Black & White bermula bila Ying Xiong ditugaskan untuk selesaikan kes dalam pengangkapan pencipta dadah. Dadah ni jenis baru dan bahaya yang diberi nama Dreamer. Malangnya, misi tu gagal sama sekali. Salah satu sebabnya, Zai Tian yang kebetulan ada kat lokasi kejadian, jadi penghalang.

Nampak? Hitam putih kehidupan.

Ying Xiong polis dari Daerah Selatan. Zai Tian pulak polis dari Daerah Utara yang sepatutnya hari tu kena laporkan diri kat Daerah Selatan (dia pindah tempat kerja baru). Disebabkan kegagalan dalam misi untuk tangkap pencipta dadah Dreamer, diorang berdua ni terpaksa bekerjasama untuk selesaikan kes Dreamer ni.

Hari pertama jadi partner, diorang salah tangkap Chen Lin, anak perempuan San Lian Hui. San Lian Hui ni kumpulan kongsi gelap yang digeruni. Even polis pun tak berani kacau diorang. Silap diorang berdua ni lah tangkap perempuan tu tanpa bukti kukuh.

Chen Lin, anak perempuan ketua San Lian Hui.

Berbalik kepada Dreamer tadi. Dreamer ni sejenis dadah dalam bentuk cecair yang ada ejen halusinogen. Ejen ni yang mampu mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Kesan dadah jenis ni 5 kali lebih kuat dari marijuana. Bila hidu, dalam masa sesaat je boleh sebabkan halusinasi atau khayal. Pengamblilan berlebihan boleh sebabkan seseorang tu lumpuh.

Sedikit info pasal dadah. Kat Malaysia ada beberapa dadah yang boleh katakan popular. Antaranya ialah:
  • Ganja atau kanabis atau marijuana
  • Pil kuda
  • Pil ecstasy
  • Pil erimin 5 atau nimetazepam
  • Ubat kepak atau GHB (asid gamma-Hydroxybutyrate)
  • Ubat batuk
  • Pil methadone
  • Syabu atau ice atau methamphetamine

Marijuana ni dapat rendahkan tekanan darah, boleh sebabkan terjadinya short-term memory losss dan lambatkan tindak balas seseorang. Cuba bayangkan kalau wujudnya dadah yang 5 kali ganda lagi kuat dari marijuana? Dahsyat kan?

Kesan Dreamer.

Disebabkan Dreamer sangat-sangat bahaya, dadah jenis ni termasuk dalam senarai dadah yang diharamkan oleh polis antarabangsa (dalam drama ni). Sekarang, Ying Xiong dan Zai Tian ditugaskan untuk tangkap pencipta Dreamer ni iaitu Gao Yi. Tapi asyik terlepas je.

Lepas setel satu kes, jangan ingat cerita ni terus habis. Ada lagi kes-kes baru yang muncul. Dan kes-kes ni ada kaitan dengan kes-kes lepas. Aku bagi contoh, kes Dreamer ni. Bila kes ni setel, ada kes baru yang ada hubungan dengan si Gao Yi yang kena tangkap ni. Dan macam tu lah seterusnya.

Bagi aku, drama ni antara drama favourite aku. Tak bosan. Tak stress. Tak krik krik kat tengah-tengah. Dari awal sampai akhir dan setiap episod memang best. Masa tengok kat TV2 dulu, tak pernah missed satu scene. Risau nanti terlepas scene penting.

Sebab gila kuasa dan kemasyhuran, manusia boleh jadi teruk dari binatang.

Plot twist? Ada. Banyak sangat rahsia yang akan terungkai sepanjang perjalanan cerita ni. Spy dalam kalangan polis ada. Polis yang salah guna kuasa pun ada. Kes Dreamer tu permulaan segala-galanya kes yang akan berlaku nanti. Plot twist dalam cerita ni memang dahsyat. Kalau siapa mampu detect dari awal siapa dalang dalam kes ni, memang terbaik. Aku sendiri terkejut bila dapat tahu siapa orang tu.

Bila putih bertukar hitam.

Nak faham cerita ni agak payah jugak sebenarnya. Setiap kes macam pending je. In the end, baru setiap kes yang berlaku tu terungkai. Kat bawah ni aku gigih list kes dan beberapa konflik yang saling berkait dari awal sampai akhir.
  1. Kes Dreamer.
  2. Pembunuhan Ling Ke Le (anak perempuan Chief Ling).
  3. Spy dalam San Lian Hui.
  4. Kes rompakan bank (pembunuhan manager bank, Chen Rui Hong).
  5. Kehilangan senapang HK416.
  6. Identiti sebenar Xiao Ma.
  7. Letupan restoran (kematian He Xiao Mei dan Wang).
  8. Identiti sebenar Zai Tian.
  9. Pembunuhan Mr Li.
  10. Pembuhuhan keluarga Wang.
  11. Konflik San Lian Hui vs Menteri Pertahanan.
  12. Kes Chief Ling.
  13. Spy dalam polis.
  14. Pengkhianat dalam San Lian Hui.
  15. Kematian Mr Jin dan kehilangan Heart of Troy.
  16. Kedatangan Lei Mu Sha.
  17. Kemunculan Boss.
  18. Penglibatan ahli politik.
  19. Rahsia Heart of Troy.
  20. Kematian Kapten Chen.
  21. Kematian Jian Da De.
  22. Misteri cip.
  23. Identiti Wu Yang dan kehilangan Lao Li.
  24. Hubungan antara Presiden dengan San Lian Hui.
  25. Rahsia Pengarah Polis Daerah Selatan, Yi Ming Guang.
  26. Kemunculan semula He Xiao Mei.

Kisah ni sebenarnya pasal penyeludupan dan penyelewengan senjata oleh Vladivostok. Vladivostok ni egen senjata dari Rusia. Jian Da De, pemilik satu organizasi (Chang Fu) ni lah yang link orang-orang besar dan VVIP dalam kerja kotor ni. Chief Ling (polis) yang cover up setiap aktiviti haram Jian Da De. Ling Ke Le (anak perempuan Chief Ling) tahu pasal kegiatan haram mak dia. Sebab tu Ling Ke Le kena tembak mati (oleh team Sarkozy).

Manager bank, Chen Rui Hong dan Konsultan Wang in charge pasal akaun bank. So, senang lah kalau duit dari luar negara masuk ke dalam negara nanti. Tapi dua orang ni tamak. Chen Rui Hong ugut nak bagi senarai nama akaun ke CIA tapi dua-dua kena bunuh (oleh team Sarkozy).

Dalam cerita ni, ada beberapa team. Setiap team ni ada peranan yang berbeza. Bila aku kenal pasti team-team ni, baru senang sikit nak faham jalan cerita ni.
  • Team polis
  • Team tentera
  • Team politik
  • Team pembelot
  • Team spy
  • Team San Lian Hui
  • Team Sarkozy
  • Team civilian
  • Team Vladivostok

Siapa yang minat drama aksi dan polis, recommended untuk tengok drama Black & White ni. Bagi aku, drama ni cukup rencah. Selain masalah kat tempat kerja, ada diselitkan pasal kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Boleh tengok online kat DramaCool. Setiap episod, memang akan ada point penting yang buatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Post a Comment

4 Comments