Tadi aku pergi pusing-pusing bandar jap. Banyak tempat singgah. Tempat pertama aku singgah ... ZUS. Sebab ada promo baru, aku pun ke sana.
Kali ni ZUS buat promo air-air mewakili 4 buah negara dalam Asia: Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura. Tak semua air kopi. Malaysia dan Singapura je yang ada kopi. Thailand guna teh dan Filipina guna ube.
Memandangkan aku dah pernah minum air Gula Melaka dan Ube Latté, jadi aku beli air Thai Milk Tea dan Kopitiam Double Espresso. Semua air yang ZUS promote ni versi ais. Takde versi panas.
Sempena promo ni, ada jugak voucher diskaun RM2. Masa nak check out, masukkan kod ZFPXRM2 untuk dapat diskaun. Boleh guna voucher ni untuk beli mana-mana 4 jenis air tu.
Aku cuba minum air Thai Milk Tea. Sedap. Standard rasa air milk tea yang aku pernah minum kat luar sebelum ni.
Aku beli versi Less Sweet. Teh ni pekat dan wangi. Warna teh yang diorang guna ni pun terang dan vibrant. Walaupun ada susu, teh Thai ni tak muak.
Lepas tu, aku cuba pulak air Kopitiam Double Espresso dari Singapura. Kuat bau kopinya. Kopi ni pekat. Bila minum, macam rasa arang gitu. Kopi ni kena kacau sebati sebab susu ada kat dasar.
Kopi ni pun aku order versi Less Sweet. Tapi rasa pahit. Mungkin sebab espresso tu diorang taruk double (hence the name).
Sebab pahit, aku mintak staff tambah gula. Bagi rasa normal. Dan bila aku minum, kopitiam ni jadi sedap pulak. 😆
Untuk promo travel ni, ZUS bagi cup sleeve dan sticker percuma. Nak dapat benda ni, kena beli at least seketul air antara 4 tu.
Tapi kan ... sticker kali ni tak diletak dalam plastik lutsinar. Tak tahu pulak aku kenapa. Sebelum ni, bila ZUS buat promo yang ada sticker, mesti sticker tu ada dalam plastik. Ke ZUS nak join go green?
Bagus ada plastik untuk situasi macam ni. Sebab at least dapat lindung sticker dari basah kena air. Bila takde plastik, risau pulak jadinya. Nasib baik tangan staff tu tak basah masa bagi sticker kat aku. 😅











14 Comments
cantik stiker dia
ReplyDeleteKann. 😆
Deletesempena Asean hari tu kut BK ?
ReplyDeleteMacam betul. Sebab semua menu tu dari negara ASEAN.
Deletewahh saya tak minum2 lagi ube tu. mcm menarik je nk guna promo ni utk ube
ReplyDeleteBoleh jugak. Cepat order sementara ada stok. 😄
DeleteSebab air ais, akak tak boleh order. Semput den kang.
ReplyDeleteOoo... kena normal sweet la tu, baru sedap double espresso tu.
Banyak dah ekk, kopi dan teh Zus yang BK dah cuba. 👍
Boleh lah banyaknya. Saya order air pun kalau ada promo merchandise. Kalau tak, skip dulu. 😅
Deletehahah... dok mengisahkan tangan staff tu ya..
ReplyDeletesayang ler tu kalau dapat sticker terkena air.
Dia baru lepas cuci tangan. Itu yang risau. 🤣
DeleteNanti nak tengok tempat kumpul segala stickers tu boleh?
ReplyDeleteBK mesti ada banyak koleksikan? share pelisss~
Inspired sangat tengok suka collect stickers, card dsb.
InsyaAllah boleh. Ada dalam simpanan.
DeleteSaya tengok dah promo ni kat apps tapi bila try nak beli, tak ada pun sticker tu.. huhuhu..
ReplyDeleteKopi Zus ni rajin betul buat promo dan banyak merchandise dia. Buat orang tak putus-putus membeli. Baik punya marketing.
ReplyDelete