Aku ke bandar kejap. Nak beli susu kotak. Sebelum tu, aku singgah ZUS. Waktu tu dah masuk tengah hari. Ramai jugak pekerja luar yang lepak sambil sembang kopi dalam tu.
Aku order air Gula Melaka. Beli pun sebab ada makna. Nak collect sticker Travel lagi. Alang-alang promo masih jalan, boleh kumpul barang baik sambil minum kopi. Cup sleeve Travel habis stok kata staff. Nasib baik sebelum tu aku sempat kumpul beberapa ketul dari outlet lain. 😆
![]() |
| Sebelum kacau. |
![]() |
| Selepas kacau. |
Air kopi versi gula melaka ni kalau nak minum, kena kacau. Gula melaka tu ada kat dasar. Kalau biarkan, rasa tak manis dan pahit sikit.
Kejap je aku duk situ. Sekadar ambil gambar. Lepas tu, aku keluar. Minum kopi kat luar kedai bawah panas terik. Bukan apa. Sekarang musim influenza. Kalau kita tak jaga diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong jagakan? 😉




11 Comments
Dalam banyak² kopi zuss yang pernah rasa, hat ni ada rasa manis sikit..kikiki
ReplyDeleteKena mintak extra manis lah kalau ada air yang tawar. Staff sini bagi.
DeleteTak pernah order Zus gula melaka. Nampak sedap. Minum kopi ais tengah panas, nikmat juga tu.
ReplyDeleteMinum tak sampai seminit dah habis. Harap takde lah orang tengok saya kalut minum kat luar. 😅
DeleteTak pernah order lagi yang gula melaka ni.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti. 😄
DeletePanas-panas ni tenguk air kopi ais gula melaka aduhaiiiiii
ReplyDeleteharitu nak order tapi tak ada pun sticker tu.. terus cancel.. dia dekat outlet tertentu je kot..
ReplyDeleteYang gula Melaka tak pernah cuba. Pernah rasa UBE latte tu sedap betol! Kalau beli kopi Zus, beli CEO latte. Kalau beli mesti ada makna kan. Ada lah tu nak kumpul something. hihi. tahu dah! Seronok dapat sticker percuma. Boleh tambah koleksi.
ReplyDeleteCantik kaler kopi tu bila dah bercampur.
ReplyDeleteHaishh.. masih belum ter"pergi" ZUS ni.
Wah sedap ni..segar tekak nak minum..
ReplyDelete