What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman COD Shopee kali pertama.


Dah bertahun aku duk beli barang kat Shopee. Tapi ni kali pertama aku order barang guna COD atau Cash On Delivery. Bukan apa, aku lagi suka bayar online sebab lagi private. Abang-abang posmen takde lah tahu kos barang yang kita beli kan? Segan jugak bila beli barang RM5 pun nak pakai COD.

Lagipun sekarang Shopee ada buat promo free shipping voucher COD. Setiap hari Rabu, Shopee akan bagi free voucher COD. Dan voucher ni hanya boleh digunakan sepanjang hari Rabu tu jugak. Tapi kena redeem dan guna secepat mungkin. Sebab voucher ni limited.


Tak semua barang yang boleh dibeli guna voucher COD ni. Hanya barang yang ada option COD je boleh guna. Biasanya Shopee Mall lah yang banyak pakai COD. Kalau kadai-kedai biasa, jarang nak ada.

Tarikh Perkara
16 Oktober 2021
  • Aku start order
17 Oktober 2021
  • Seller prepare order
19 Oktober 2021
  • Aku dah dapat barang

Jadi, aku pun order lah seketul Sunquick perisa lemon. Harga RM12.90 dan kalau guna voucher COD, dapat free shipping. Voucher COD ni tak perlu minimum order. Yakni kalau barang RM5 pun boleh guna tanpa bayar kos shipping.



Barang aku ni, J&T yang hantar. Aku bayar kat driver tu RM13 dan dia snap gambar kotak dan duit tu sebagai bukti. Mudah kan? Untuk orang yang ada problem akaun bank atau tak cukup baki dalam akaun, boleh guna COD ni. Takde masalah pun. Barang yang dihantar, dapat macam biasa. Cuma cara pembayaran je berbeza.

14 comment (s):

  1. mujur barang sampai dengan selamat , ccl ada clain voucher juga hari tu , tapi tak guna ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Syukur kat sini kurier mostly baik-baik terutamanya J&T.

      Delete
  2. Untuk orang malas macam saya, takkan terguna lah COD ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kalau takde orang kat rumah pun, memang haru jadinya.

      Delete
  3. belum pernah COD lagi sbb slalu risau bila abg delivery nak deliver kita takde kat rumah/office. dah jadi satu hal pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang ni pun leceh jugak. Kalau ada option untuk set masa COD tu lagi baik.

      Delete
  4. Baki 10 sen tu abg delivery tu ambil ke? ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  5. Klau kita xnk ambik brg tu boleh ke?sbb cod ni xde button cancel order,lama sngt delivery nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cancel, kena kurier tu setel hantar kat kita. Baru keluar option Return/Refund. Sama macam yang bukan COD jugak.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.