Tak lengkap pulak kalau tak masuk Popular bila dah datang AEON ni. Kedai buku kat luar banyak je. Macam SMO (Syarikat Muda Osman) dan Banggol. Tapi Popular lain. Advance bab-bab buku ni.
Aku kan suka baca komik terbitan Gempakstarz. Popular je yang cepat update stok baru. SMO ada. Tapi lambat sikit masuk. Banggol pulak takde komik Gempakstarz.
- Popular: Komik Gempakstarz latest, selalu ada merchandise Gempakstarz, banyak komik BC, novel BM, BI dan BC latest.
- SMO: Komik-M, kadang ada promo menarik Gempakstarz, banyak majalah Ujang & Apo? dan koleksi Bekazon, novel BM latest.
- Banggol: Komik-M, pun banyak majalah Ujang & Apo? dan koleksi Bekazon, boleh pilih buku dengan aman damai sebab tak ramai orang.
Popular dalam AEON ni tiap kali aku datang, selalu ramai orang. Lagi-lagi hari minggu. Kena pulak aku datang hari Sabtu. Boleh tahan ramai. Cuma tak seramai kedai makan. 😂
Aku datang niatnya nak ambil majalah POPClub yang aku booking sebelum ni. Free je. Dengan syarat kena jadi ahli Popular.
Sebelum tu, sebab dah masuk Popular, aku usha lah buku dalam kedai tu. Nak tengok buku baru. Ada komik Cardcaptor Sakura terbaru. Jilid 7, 8, 9 dan 10. Aku ambil jilid 7 dan 8. Jilid 9 dan 10 tunggu dulu. 😄
Takde sticker merah kat cover komik
Kali ni dah takde sticker kat cover depan pasal kad percuma untuk komik jilid terbaru. Aku pernah buat entri masa aku beli komik jilid 1 dan 2. Waktu tu ada sticker merah lagi.
Sticker tu function untuk bagitau yang dalam komik Sakura tu ada kad percuma. Kalau takde sticker, maknanya takde lah kad dalam tu.
Sama jugak macam komik Gempakstarz yang lain. Ada sticker kalau dalam komik tu ada poster atau apa-apa free free gift.
Tak pasti kenapa sekarang dah takde sticker tu kat komik Sakura walaupun ada kad percuma dalam komik tu. Takkan nak buat style blind box kot? 😢
Aku ambil je lah komik jilid 7 dan 8 yang ada kat rak. Tak dapat kad pun takpe lah. Asalkan dapat miliki komik Sakura ni pun dah cukup.
Lupa nak bagitau. Masa aku datang ni, ada harga promo komik Sakura ni. Beli 2 ketul dengan harga RM25. Kalau seketul, harga biasa RM16. Jimat RM7. 😁







0 Comments