Bila dah masuk musim Tahun Baru Cina, memang banyak kedai akan ambil peluang buat promo sana-sini sempena perayaan tu. Biasanya diorang bukan takat bagi diskaun, tapi siap bagi angpau lagi.
Aku beli komik Cardcaptor Sakura kat kedai online Popular. Ada angpau yang boleh dapat bila beli buku Gempakstarz. Selalunya macam tu lah tiap-tiap tahun.
Masa aku order tu, ada promo menarik. Beli komik 2 ketul, dapat diskaun 20%. Jimat banyak jugak tu. Aku jarang beli kat website sebab kena bayar kos penghantaran. Kalau ada promo, baru aku beli.
![]() |
| Borong komik Cardcaptor Sakura. |
![]() |
| Dapat kad percuma kat belakang komik. |
Dapat angpau beberapa paket. Dalam satu paket tu, ada 2 design. Aku tak pasti kenapa sejak menjak ni Gempakstarz bagi 2 jenis je. Selalunya ada 4 atau 5 ketul dalam setiap paket.






0 Comments