Sampul duit raya Notti Pet Food 2026.


Ada orang share pasal sampul duit raya comel ni. Dapat free bila beli mana-mana barang dalam kedai makanan haiwan Notti Pet Food kat Shopee.


Aku macam tertarik tengok design sampul tu. Maklum lah. Nak kumpul sampul versi bank dan mall, payah nak dapat. Lagi-lagi mall yang besar-besar. Nak dapat sampul kualiti biasa-biasa pun kena spend barang shopping sampai ratus-ratus. 😥



Sampul Notti Pet Food ni comel. Saiz mini. Kena lipat duit kalau nak guna sampul ni. Tapi kreatif betul siapa yang design sampul ni. Siap boleh bukak pintu kat depan tu.


Bukak-bukak, ada kucing tengah makan lemang dan kuih-muih. Kherlass kucing zaman sekarang. 😆

Post a Comment

0 Comments