Sampul duit raya pertama 2026 dari MPH Bookstores.


Lama jugak aku tak buat entri baru. Sekarang sibuk sikit. Ada urusan kat luar kawasan. Nak blogwalking pun tak sempat.

Tadi singgah kejap kat kedai buku MPH dalam Alamanda Putrajaya. Ramai orang dalam mall ni. Sekarang kan musim cuti CNY. Ditambah lagi dengan cuti sekolah. Lagi lah sesak.

Aku terus ke MPH. Nak beli komik Gempakstarz sebab ada promo sempena Hari Raya Aidilfitri. Setiap pembelian 2 ketul buku Gempakstarz dapat sampul duit raya percuma.


Lawa jugak sampul raya kali ni. Warna hijau. Artwork kat sampul tu aku saspek pelukis yang sama buat angpau CNY hari tu: team Candy Factory.




Sekarang, MPH dah ada app. Lebih kurang Popular jugak. Tapi app MPH ni ada 2 versi: versi biasa dan versi baru iaitu versi Explore.


Versi Explore ni guna web browser. Kat kaunter, ada cara-cara nak guna. Nanti bila dah siap daftar ahli, just tunjuk QR code ahli untuk dapat point setiap pembelian barang kat MPH.

So far staff MPH Alamanda ni okey. Tak kerek, tak sombong walaupun ramai customer. Sempat lagi ajar aku cara-cara nak daftar ahli guna app baru ni.











MPH sini dah upgrade. Tak sama macam dulu. Susun atur dalam kedai pun dah makin kemas tersusun dan terasa luas sikit. Nak pilih buku pun tak risau berlaga bontot dengan orang lain. 😂

Post a Comment

0 Comments