Kat tempat aku, ZUS bukak paling awal pukul 3 petang dalam bulan puasa ni. Takde keperluan untuk bukak awal. Sebab sini majoriti orang Melayu.
Aku berkira-kira nak pergi sebenarnya. Sebab risau jalan jem. Bulan puasa kan waktu balik kerja awal. Jadi risau pulak bila nak keluar dari bandar tu, terpaksa bersesak kat jalan raya.
ZUS dah start buat promo raya. Ada sampul duit raya yang diorang nak bagi free. Dengan syarat kena pergi ambil kat cawangan diorang. Tahun lepas, aku order delivery dapat je. Tahun ni tak. 😥
Untuk promo raya, hanya sampul duit raya je yang mula diorang bagi. Mana-mana pembelian air tanpa promo, akan dapat sampul percuma. Sebabkan aku nak kumpul sampul ni, aku beli lah air paling murah yakni Espresso RM4.20.
Aku order 3 kali untuk dapat sampul tu. Sebab sampul percuma tu hanya dapat 1 set dalam setiap transaksi. Jadi, bila buat 3 transaksi, dapat lah 3 set. 😄
Dalam setiap set ada 3 ketul sampul warna lain-lain: hijau, merah dan kuning. Sampul kali ni takde lah lawa macam tahun lepas. Design biasa dan simple je. Boleh lah. Kualiti kertas masih elok dan terasa premium.
Sticker, cup sleeve dan paper beg raya belum muncul. Staff kata diorang pun tak pasti bila akan keluar. Harapnya muncul lah sekaligus. Tak larat pulak nak keluar masuk ZUS berkali-kali bulan puasa ni. 😭





1 Comments
Rajinnya kumpul sampul duit raya... Mcm2 design dah... Kdg tgok org jual sampul yg limited edition mahal jugalah
ReplyDelete