Lepas berjaya kumpul angpau Ajinomoto, aku pun beli lagi set raya. Kali ni muncul set baru sempena raya. Bukan raya Cina tapi raya Aidilfitri. Dalam set ni, ada sampul duit raya percuma.
Kali ni, ada 2 versi set. Set tanpa kotak special dan set dengan kotak special. Aku beli set tanpa kotak. Lagi murah (RM10) dan sebab aku dah ada kotak tu masa beli set Tahun Baru Cina.
Saiz dan design sampul ni lebih kurang sama je dengan angpau. Dalam tu, ada 3 jenis gambar berbeza. Setiap gambar ada 2 ketul sampul. Total kesemua sampul ada 6.





0 Comments