Hari tu masa promo Tahun Baru Cina, sempat lah aku beli air coklat perisa mint kat Lazada. Aku beli sebab nak dapatkan angpau. Kes sebelum ni, kalau nak angpau, ada minimum spend. Kali ni, aku beli pek kecil air coklat ni pun dah dapat angpau free.
Bila bukak kotak, tengok-tengok ada 2 set angpau. Baik betul staff yang bungkus order ni. Macam tahu je aku nak kumpul benda ni. 😂
Sampul ni direka sempena filem I'm Not Gangster yang tengah tayang kat pawagam sekarang ni. Kisahnya pasal Ah Loong, sorang lelaki biasa yang tak sengaja terlibat dengan dunia gangster lepas selamatkan ketua kumpulan jenayah yang cedera parah.
Lepas ketua tu meninggal, Ah Loong warisi posisi tu tanpa pengalaman dalam dunia jenayah. Dia terpaksa uruskan kumpulan tu dengan cara berbeza daripada orang biasa yang akibatkan lebih banyak kekacauan dan konflik.
Banyak merchandise yang Aik Cheong bagi sempena promo filem ni. Salah satunya, angpau ni lah.





0 Comments