Sampul duit raya Pos Malaysia 2026.


Singgah kejap pejabat pos. Sampul duit raya dah keluar. Kena cepat beli. Kalau tak, nangis kat bucu katil pulak nanti. 😂

Macam tahun lepas, sampul dari Pos Malaysia ni jadi rebutan peminat-peminat sampul seantero Malaysia. Dapat je info yang sampul ni mula dijual, ramai yang serbu pejabat pos. Ada jugak yang booking siap-siap.


Masa aku singgah pejabat pos, sampul ni banyak lagi. Mungkin diorang tahu yang sampul ni banyak permintaan. Tahun lepas pun ada sesetengah cawangan cepat je sold out.

Aku beli 4 set.  Asalnya nak beli 5 set. Tapi harga makin naik lah. Dari RM6 (tahun lepas) jadi RM8. Lagipun aku beli bukan nak guna. Simpan buat pekasam. Cukup lah 4 set. 😅






Setiap set ada 10 keping sampul. Dalam 10 keping tu, ada 2 design (5 keping setiap design). Menariknya, sampul ni boleh gabung. Kalau letak secara melintang, boleh nampak yang gambar kat sampul tu bersambung.


Dari segi kualiti, macam biasa lah. Pos Malaysia memang jaga kualiti sampul diorang. Bukan jenis tangkap muat. Permukaan sampul ni jenis matte dan kertas yang diorang guna boleh tahan tebal macam tahun lepas jugak.

Post a Comment

0 Comments