Sekarang ada promo sempena Tahun Baru Cina yang Karta buat. Ada 2 jenis promo. Pertama, dapat sticker bila buat pembelian RM10. Kedua, dapat angpau bila beli air kelapa Festive Pack 2 Carton Bundle.
Promo ni ada dalam Shopee dan Lazada. Memandangkan aku nak sticker, aku beli sikit je air kelapa. Angpau tu cantik tapi macam makan modal pulak nak kumpul. 😅
Sticker kali ni warna merah. Dalam tu ada beberapa ketul imej vector yang berkaitan perayaan ni macam emas, nanas, angpau termasuk lah beberapa produk yang Karta ni jual.
Setakat ni, aku dapat kumpul 2 ketul sticker CNY: versi ZUS dan Karta. Company lain belum nampak lagi. Kalau ada, boleh kumpul jugak.




0 Comments