Mungkin cuaca kat sini tak sesuai. Atau kawasan pokok ni banyak serangga perosak. Pokoknya tak bantut tapi lambat berbuah.
Info buah markisa
Buah markisa ni asalnya dari kawasan Amerika Selatan dan sekarang dah banyak ditanam kat negara tropika termasuk Malaysia. Rasanya masam manis. Biasanya orang makan isi berbiji dalam tu.
Buah ni kaya dengan vitamin C, vitamin A dan jugak sikit vitamin B. Buahnya berbau wangi dan selalu dibuat jus atau minuman sejuk sebab sedap dan menyegarkan.
Isnin hari tu yakni 2 Februari, aku nampak ada sekuntum bunga tengah mekar. Bunganya unik. Tak pernah aku nampak bunga macam ni.
Sekali tengok macam kipas mini. Ada kelopak kecil kat bawah serabut bunga. Kat tengah-tengah tu tak pasti dipanggil apa.
Semoga bunga markisa ni berjaya jadi buah dan membesar dengan elok.


0 Comments