Penampakan bunga markisa.


Aku ada tanam pokok buah markisa kat laman rumah. Lama dah tanam tapi payah nak membesar.

Mungkin cuaca kat sini tak sesuai. Atau kawasan pokok ni banyak serangga perosak. Pokoknya tak bantut tapi lambat berbuah.

Info buah markisa


Buah markisa ni asalnya dari kawasan Amerika Selatan dan sekarang dah banyak ditanam kat negara tropika termasuk Malaysia. Rasanya masam manis. Biasanya orang makan isi berbiji dalam tu.

Buah ni kaya dengan vitamin C, vitamin A dan jugak sikit vitamin B. Buahnya berbau wangi dan selalu dibuat jus atau minuman sejuk sebab sedap dan menyegarkan.


Isnin hari tu yakni 2 Februari, aku nampak ada sekuntum bunga tengah mekar. Bunganya unik. Tak pernah aku nampak bunga macam ni.

Sekali tengok macam kipas mini. Ada kelopak kecil kat bawah serabut bunga. Kat tengah-tengah tu tak pasti dipanggil apa.

Semoga bunga markisa ni berjaya jadi buah dan membesar dengan elok.

Post a Comment

19 Comments

  1. cantik bunganya. suka makan buah markisa & minum jus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini payah nak jumpa buah markisa. Kalau ada, saya pun teringin nak beli.

      Delete
  2. Masya-Allah! semoga menjadi buah.
    Masa saya ke Ubud, Bali banyak betul pokok markisa tumbuh subur di sekitar hotel yang saya menginap. Siap boleh petik dan makan.

    ReplyDelete
  3. Cantik ya bunga markisa. Kakakku dulu pernah menanam pohon markisa di belakang rumah tapi aku kok nggak pernah lihat bunganya. Apa mungkin aku lupa ya. Dulu aku sering banget bikin wedang markisa karena banyak buahnya di belakang rumah. Tapi kalau bikin wedang markisa itu harus banyak gula biar nggak terlalu masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak. Boleh buat minum petang sambil makan jajan.

      Delete
  4. Sekali pandang macam Bunga letup² versi memanjat... Cuma warnanya lain sikit

    https://puanhazel.blogspot.com/2022/10/pokok-letup-letup.html?m=1

    Kot BK nak tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sama. Tapi tak serupa. Adik-beradik ke kedua-dua pokok ni? 😁

      Delete
  5. uniknya bunga dia. buah markisa selalu orang buat air sedap.

    ReplyDelete
  6. Beautiful photos. ❤️ Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  7. Cantik.. cantik..
    Semoga banyaklah nanti buahnya.

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang rupa bunga tumbuhan letup-letup tu, bak kata PH di atas. Semoga menjadi buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi buah, punya lah payah. Bunga asyik gugur. Tak pasti macam mana nak bagi berbuah pokok ni. 😅

      Delete
  9. Bentuknya unik,memang lain dari bunga biasa yang selalu kita nampak

    ReplyDelete