Beli kopi 3-in-1 ZUS dapat angpau.


Aku bukan lah peminat kopi 3-in-1. Sebab selalunya kopi paket macam ni pekat dan manis yakmat. Kalau buat segelas, memang pening lalat rasanya.


Tapi sebab ZUS bagi angpau percuma kalau beli kopi secara online, aku pun paksa rela diri ni. Beli minimum RM15 akan dapat satu set angpau sempena Tahun Baru Cina.


Angpau ni tak sama dengan angpau ZUS kat kedai air. Versi ni untuk pembelian barang runcit. Selain kat Shopee dan Lazada, angpau ni boleh dapat kat stesen minyak BHP, Petronas dan Shell dengan pembelian barang minimum RM8.


Aku beli dalam Lazada. Semua pam minyak tu jauh dari rumah aku. Tak berbaloi nak pergi jauh-jauh. 😅

Dalam set angpau ni ada 3 design. Semua gambar Oyen pakai topi kuda. Suka sangat dapat minum air kopi. Siap berendam dalam air kopi lagi tu.



Berbalik pada kopi 3-in-1, aku beli kopi coklat. Konon ingatkan bila ada coklat, kurang lah sikit pekat dan manis kopi tu. Tapi sebaliknya. 😭



Tak dapat dinafikan kesedapan air kopi ZUS ni. Aku buat versi panas. Bau dan aroma tu memang betul-betul memikat. Kopinya kick dan kaw. Peminat kopi mesti suka.

Post a Comment

0 Comments