Angpau Ajinomoto 2026.


Selain promo beg lipat plushie, Ajinomoto ada buat promo sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Aku beli kat Lazada. Box set. Dalam kotak tu design special tu, ada beberapa ketul barang menarik yang boleh guna untuk masak-masak.



Sebenarnya aku beli box set ni sebab kat kotak tu ada gambar ketupat. Ingatkan ada sampul duit raya sekali. Tapi tak. Ada sampul Tahun Baru Cina je.



Takpe lah. Boleh simpan buat koleksi. Lagipun sampul ni lawa jugak. Versi kartun dan nampak eksklusif.


Ada 3 design sampul dalam tu. Setiap sampul boleh cantum. Bila dah cantum, jadi lah gambar full perayaan Tahun Baru Cina.

Post a Comment

0 Comments